Mei 16, 2024

Search
Close this search box.

Johor Bahru: Pelajar orang kurang upaya (OKU), Nur Hanis Zainalabidin, 19, bersedia malah tetap bersemangat ketika melangkah kaki melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Skudai di sini, semalam.

Anak bongsu dari empat beradik yang mempu- nyai ketinggian 121 sentimeter itu ternyata teruja melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia.

Kemudahan fasiliti di kolej kediaman juga mesra OKU

Nur Hanis yang menghidap gangguan warisan pertumbuhan tulang Pseudoachondroplasia mengakui dia risau dan bimbang kerana keadaan fizikalnya akan membataskan pergerakan sebagai mahasiswa, namun sedar perlu kuat semangat untuk mengharungi kehidupan di kampus.

“Hari ini sangat bermakna buat saya kerana ia juga hari lahir saya. Saya teruja dapat melanjutkan penga- jian ke universiti pilihan ini tetapi dalam masa sama ada rasa takut dan risau.

“Ini kali pertama saya berjauhan dengan keluarga, bila fikirkan keadaan fizikal saya memang ada rasa sukar. Saya sudah bersedia untuk berdikari.

“Alhamdulillah kemudahan fasiliti di kolej kediaman juga mesra OKU, saya ditempatkan di aras bawah dekat dengan tandas yang juga mesra OKU. Fakulti juga dekat, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya ketika ditemui selepas sesi pendaftaran pelajar baru UTM bagi sesi akademik 2022/2023 di sini semalam.

Manakala bapanya, Zainalabidin Redzuan, 58, berkata dan isteri, Ramlah Musa, 53, sentiasa memberikan sokongan kepada Nur Hanis untuk menghabiskan pengajian.

Sumber : Harian Metro – 11 Oktober 2022

Baca artikel

Explore More