Mei 21, 2024

Search
Close this search box.

Konvo UTM Dipinda Kerana Bertembung Tarikh PRU15

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunda tarikh pelaksanaan Majlis Konvokesyen ke-66 universiti itu yang dijadualkan pada 19 November ini kerana tarikh tersebut bertindih dengan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

UTM memberitahu, penun-daan tarikh berkenaan telah mendapat perkenan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang juga merupakan Canselor UTM.

“Sehubungan dengan pindaan ini, berikut adalah pindaan sesi yang terlibat bagi majlis berkenaan iaitu sesi 1, 2 dan 3 diadakan pada pukul 8 pagi dan 2 petang, pada 24 November serta pukul 8 pagi, pada 25 November.

“Sementara bagi sesi 4 sehingga sesi 9 kekal pada tarikh 21 dan 23 November seperti yang telah dijadualkan.

“Pindaan ini dibuat adalah bagi memberi laluan kepada semua warga UTM, graduan dan ahli keluarga mereka menunaian hak dan tanggungjawab sebagai pengundi,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, selaras dengan pindaan tersebut, graduan dimohon untuk merujuk laman web rasmi MK-66 menerusi pautan www.utm.my/convocation untuk sebarang maklumat terkini.

“Pihak UTM juga memohon maaf kepada graduan atas kesulitan yang timbul dan amat menghargai pertimbangan dan komitmen semua dalam menjayakan Majlis Konvokesyen kali ini,” tambahnya.

Terdahulu, Majlis Konvokesyen ke-66 UTM telah dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula 19 hingga 23 November tahun ini.

Sumber : Kosmo – 26 Oktober 2022

Baca artikel

Explore More