April 20, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 6 Okt. – Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia (MAPUM) buat julung kalinya telah menganjurkan Majlis Anugerah Bakat MAPUM Tahun 2022 atau lebih dikenali sebagai (MABMA 2022) pada 14 September 2022 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) berjaya mengharumkan nama UTM apabila menerima satu Perak dan dua Gangsa dalam majlis berkenaan. Penganugerahan ini ini menyaksikan Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan hadir selaku wakil penerima dari UTM. Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Pemimpin Kebudayaan Terbaik, Anugerah Pemimpin Kolej Terbaik dan juga Anugerah Jawatankuasa Kolej Kediaman Terbaik.

Bagi kategori Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan Terbaik  (Kategori Perak) telah dimenangi oleh Rakesh A/L Kannapathy, manakala bagi Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Terbaik pula (Kategori Gangsa) dimenangi oleh Suria Ashikin Zaidi Anugerah, dan Jawatankuasa Kolej Kediaman Terbaik (Kategori Gangsa) dimenangi oleh Jawatankuasa Kolej Tun Dr. Ismail Sesi 2020/2021 yang dipengerusikan oleh Pegawai Kadet Staf Sarjan Mohamad Muizzuddin bin Mohamad Marzuki.

Rakesh a/l Kannapathy yang menerima Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan Terbaik (Kategori Perak).

 

SUria Ashikin Zaidi, penerima Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Terbaik (Kategori Gangsa).

 

Barisan ahli jawatankuasa Kolej Tun Dr Ismail yang dianugerahi Jawatankuasa Kolej Kediaman Terbaik (Kategori Gangsa).

Explore More