April 26, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 18 Okt. – Kiosk Nescafe yang telah mula beroperasi di Arked Lestari, Kolej 9 & 10 pada 18 September 2018 kini kembali beroperasi bersempena kemasukan semula pelajar UTM secara fizikal.

Kiosk ini yang telah ditutup beberapa tahun lalu akibat pandemik covid-19 kekal relevan dan menjadi pilihan buat warga UTM kerana harganya yang berpatutan dan pakej pembelian yang menarik.

Melalui Perjanjian yang ditandatangani antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Nestle Products Sdn. Bhd., seramai 30 orang pelajar telah dilantik oleh Pusat Inovasi Mahasiswa & Keusahawanan Teknologi (UTMXCITE), UTM iLeaGue untuk menguruskan perniagaan di kiosk Nescafe di bawah Nescafe Youth Entrepreneurship Program (NYEP).

Melalui program ini, pelajar yang berjaya dipilih akan menjalankan perniagaan iaitu jualan produk minuman Nestle dengan modal awal dalam bentuk barangan serta khidmat latihan oleh agensi yang dilantik. Modal barangan yang akan diberikan oleh pihak Nescafe merangkumi perkara berikut:

  1. Kiosk perniagaan berjumlah RM50,000; dan
  2. RM15,000 berupa barangan dan modal awal termasuk bekalan cawan, bahan mentah (stok/ produk) dan stok air bagi bulan pertama.

Sejak pelancaran NYEP pada 18 September 2018, seramai 11 orang pelajar telah mengikuti dan menjalankan perniagaan di kiosk Nescafe melalui kerjasama Nescafe-UTM ini. Kumpulan pelajar UTM yang menyertai NYEP telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Nescafe Youth Entrepreneurship Competition di peringkat kebangsaan pada tahun 2018 dan tempat kedua pada tahun 2019.

 

Pemberian Nescafe secara percuma kepada pemandu bas UTM di Kolej 9 & 10 bersempena hari pertama pembukaan semula Kiosk Nescafe pada pagi ini

Program NYEP ini disambut baik oleh pihak UTM bagi menyokong  inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025 untuk melahirkan graduan yang holistik serta mempunyai pemikiran keusahawanan dan berupaya untuk menyelesaikan masalah berteraskan inovasi.

Pelan ini bertujuan memupuk graduan sebagai majikan yang menjana pekerjaan serta pendapatan dan tidak hanya bergantung kepada majikan untuk mendapatkan pendapatan. Usaha ini juga disokong oleh Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (PTK-IPT) 2021-2025, naratif baharu program pembangunan keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Melalui pembangunan PTK-IPT ini, universiti perlu memastikan pelajar mempunyai peluang untuk mendapatkan sijil kemahiran dan kompetensi bagi mempersiapkan diri untuk mempunyai kerjaya selepas bergraduan selaras dengan KAI 1 enVision 2021-2025 UTM iaitu Percentage of high-quality graduates with premium employment dan S1: Produce holistic talent by developing high quality graduates.

 

 

 

Antara 5 pelanggan terawal bersempena pembukaan Kiosk Nescafe pada hari ini.

Explore More