Forum Bicara Inspirasi : Legasi Kejayaan UTM adalah sebuah Program Sempena 50 Tahun UTM anjuran Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Program telah berlangsung pada 5 Oktober 2022, Rabu pada 2.30 petang bertempat di Event Space, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.
Program ini telah dijayakan oleh Dato’ Ir. Ts. Dr. Zainai Mohamed (Profesor Emeritus, Fakulti Teknologi & Informasi Razak) dan Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus (Felo Utama, UTM) dan dikendalikan olej Prof. Madya Dr. Norhayati Abdullah (Timbalan Pengarah, UTM International Kuala Lumpur) selaku moderator.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Profesor Ts. Dr. Abd Latif Bin Saleh (Pro-Naib Canselor UTM Kuala Lumpur) dan juga Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Naz’ri Bin Mahrin (Dekan Fakulti Teknologi & Informatik Razak). Turut serta bersama-sama dalam program ini adalah Puan Nik Masriza Zakaaria selaku Timbalan Ketua Pustakawan UTM Kuala Lumpur berserta tetamu dari jabatan lain.
Program ini memperlihatkan bagaimana cabaran panel kita suatu ketika dahulu dalam menjadikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai sebuah pusat pembelajaran setanding universiti lain di Malaysia juga di seluruh dunia selain memperlihatkan kita bagaimana mereka begitu komited dalam menjalankan tugas suatu ketika dulu dengan mengutamakan pengurusan masa dan kualiti yang baik.
Para panel turut mengulas maksud teamwork. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus mengulas teamwork adalah kerjasama dalam menghadap kejayaan dan kegagalan bersama. Sementara itu, Dato’ Ir. Ts. Dr. Zainai Mohamed berpendapat bahawa teamwork adalah menghasilkan keputusan efektif, bukan hanya sekadar keputusan yang tidak boleh dibanggakan.
Di akhir program ini, moderator menyimpulkan bahawa, kita sebagai generasi muda yang telah pun diperlihatkan dengan kejayaan UTM, maka untuk 50 tahun yang akan datang, semua staf dan warga UTM seharusnya perlu mengambil input dari program ini dan menghayati ‘sejarah’ kejayaan UTM untuk terus kekal cemerlang dan berdaya saing. Benarlah kata orang, ‘tiada yang dulu, tiadalah yang sekarang’.
Tahniah dan terima kasih kepada Dato’ Ir. Ts. Dr. Zainai Mohamed dan Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus atas perkongsian yang memberi inspirasi kepada kami generasi muda masa kini.