Mei 5, 2024

Search
Close this search box.

UTM dan University of Bradford Rintis Peluang Kerjasama Penyelidikan dalam Kejuruteraan Tisu

JOHOR BAHRU, 15 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima lawatan daripada University of Bradford, United Kingdom yang diwakili oleh Assoc. Prof. Dr. Farshid Sefat.

Dr. Syafiqah Saidin, Pengarah Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM (Pusat Kardio IJN-UTM) yang juga merupakan tuan rumah bagi program lawatan Dr. Farshid Sefat telah merangka beberapa aktiviti sepanjang program antaranya termasuklah syarahan terbuka dan sesi perbincangan peluang kerjasama penyelidikan antara UTM dan University of Bradford dalam bidang Tissue Engineering and Regenerative Medicine. 

Beberapa siri lawatan makmal turut diadakan yang mana ia melibatkan makmal – makmal Institute of Human Centered Engineering (iHumEn), Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (SKBSK) dan Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU)

Program dimulakan dengan aktiviti syarahan terbuka yang disampaikan sendiri oleh Dr. Farshid Sefat yang bertajuk “How to make artificial organs and treat diseases using tissue engineering and regenerative medicine”.

Syarahan terbuka ini telah mendapat sambutan dan penyertaan daripada kalangan staf dan pelajar sarjana dan doktor falsafah terutamanya dari SKBSK UTM.

Disamping itu, syarahan terbuka ini juga telah mendapat penyertaan daripada Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) yang diwakili oleh Prof. Madya Dr. Soon Chin Fhong.

Melalui syarahan terbuka ini, Dr. Farshid Sefat telah berkongsikan beberapa teknologi terkini dalam bidang Tissue Engineering yang sedang dijalankan di University of Bradford dengan kerjasama beberapa institusi lain termasuklah UTHM. Sehubungan itu, beliau turut berharap kerjasama baharu dapat dijalinkan antara University of Bradford dan UTM.

Antara teknologi Tissue Engineering yang sempat dikongsikan oleh beliau termasuklah yang berkaitan dengan cornea, breast, bone, jaw, nasal, heart, heart valve, brain reconstruction, vertebra & spine regeneration, disc regeneration, facial nerve regeneration, trachea, lung, artificial kidney, skin / hair dan vascular.

Sekitar aktiviti syarahan terbuka yang telah disampaikan oleh Dr. Farshid Sefat

Selesai syarahan terbuka, Dr. Farshid Sefat telah dibawa ke sesi perbincangan peluang kerjasama penyelidikan antara University of Bradford dan UTM di Pusat Kardio IJN-UTM. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr. Syafiqah Saidin selaku Pengarah Pusat Kardio IJN-UTM. Disamping itu, sesi perbincangan ini turut disertai Prof. Madya Dr. Soon Chin Fhong dari UTHM.

Perbincangan telah dimulakan dengan pembentangan pengenalan iHumEn dan seterusnya Pusat Kardio IJN-UTM. Perbincangan dilanjutkan dengan lebih menjurus kepada hal – hal berkaitan penempatan staf, penempatan pelajar, peluang geran penyelidikan bersama di peringkat antarabangsa serta penulisan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi.

Sesi perbincangan peluang kerjasama penyelidikan antara University of Bradford dan UTM dalam bidang Tissue Engineering and Regenerative Medicine

Setelah itu, Dr. Farshid Sefat telah dibawa melawat ke makmal – makmal di iHumEn. Antara makmal yang telah dilawati termasuklah Makmal Electromagnetik Serasi (Electromagnetic Compatibility Laboratory), Makmal Bioserasi (Biocompatibility Laboratory) dan Makmal Mekanikal Instron (Instron Mechanical Laboratory).

Lawatan ke Electromagnetic Compatibility Laboratory

Lawatan ke Biocompatibility Laboratory

Lawatan ke Instron Mechanical Laboratory

Kemudian, beliau telah dibawa melawat ke makmal – makmal di SKBSK. Antara makmal yang telah dilawati termasuklah Makmal Sains Bioperubatan (Biomedical Science Laboratory), Makmal Tissue Culture (Tissue Culture Laboratory) dan Makmal Kejuruteraan Klinikal (Clinical Engineering Laboratory).

Lawatan ke Biomedical Science Laboratory

Lawatan ke Tissue Culture Laboratory

Lawatan ke Clinical Engineering Laboratory

Pada sesi petang, beliau telah dibawa melawat ke makmal – makmal di PPMU. Dr. Syafiqah Saidin telah merancang aktiviti lawatan ini bersama Puan Nurazmin Mohd Nordin, Pegawai Sains di PPMU.

Lawatan ke Pusat Pengurusan Makmal Universiti

Sebelum menghabiskan program lawatannya, Dr. Farshid Sefat sempat memberikan kunjungan hormat kepada YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

 

Penulis: Akmal Ayob

Penyunting: Dr. Syafiqah Saidin

Foto: Fifi Syafika

Explore More