April 25, 2024

Search
Close this search box.

Minggu Mesra Mahasiswa (3M) Diploma dan Asasi Beri Harapan, Bukti Anak Muda Masih Minat Sambung Pengajian

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Minggu Mesra Mahasiswa (3M) ambilan Diploma & Asasi sesi 2022/2023 UTM Kuala Lumpur telah berlangsung selama 3 hari secara dalam talian bermula dari 26 hingga 30 Julai 2022.

Program secara dalam talian tersebut telah dibantu krew seramai 20 orang, bertempat di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid. Pelbagai aktiviti diadakan bagi membantu mahasiswa baharu untuk merasai pengalaman baharu disamping menyusaikan diri dalam kehidupan baru di kampus.

Pelajar juga diajar untuk mengadaptasi sistem pembelajaran baharu secara dalam talian dan fizikal. Kebolehan tersebut membolehkan mereka membina keyakinan diri disamping menambahkan suasana pelajar yang lebih proaktif. Pelbagai acara dijalankan bagi membentuk pelajar lebih kreatif dan menerapkan budaya sebagai seorang mahasiswa yang berdaya saing.

Jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat dalam Program Minggu Mesra Mahasiswa ambilan Diploma dan Asasi pada kali ini adalah seramai 929 orang, yang mana mereka ditempatkan sama ada di Kampus UTM Johor Bahru atau UTM Kuala Lumpur. Secara statistik, pelajar Diploma berjumlah 282 orang manakala pelajar Asasi adalah seramai 647 orang.

Explore More