November 28, 2024

Search
Close this search box.

Makmal Satelit sebagai Platform Strategik Pengukuhan Kerjasama UTM dan Institusi Pengajian Tinggi di Indonesia

Oleh : Rohaizan Khairul Anuar

SURABAYA, 8 September 2022 – Inisiatif memperkasakan kolaborasi antara UTM dan Institusi Pengajian Tinggi di Indonesia diteruskan lagi menerusi program “UTM VC ASIA Tour 2.0@ Indonesia” yang bermula pada hari ini.

Delegasi yang diketuai oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Md. Illias, Pro-Naib Canselor (UTM Kuala Lumpur), Prof. Ts. Dr. Abdul Latif Saleh dan Ketua Pentadbiran Canseleri UTM, Jaffrey Samsul Bahrin.

Siri kedua “UTM VC ASIA Tour 2.0@ Indonesia” ini bertujuan untuk mengenalpasti program strategik bagi memperkasakan kolaborasi sedia ada bersama beberapa universiti di Indonesia.

Program dimulakan dengan perbincangan hala tuju (way forward) kerjasama antara kedua-dua pihak diketuai oleh Naib Canselor UTM dan Rektor UNAIR, Prof. Dr. Mohammad Nasih dan seterusnya Rektor, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Prof. Dr. Ir. Mochamad Ashari.

Di UNAIR, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengembangkan kerjasama di dalam bidang “Biomedical Engineering”, “Biorefinery”, “Community Impact Assessment” dan “Conservation.” Bagi memastikan kerjasama ini dapat memberikan impak yang signifikan khususnya kepada pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi mencadangkan agar diwujudkan satu Makmal Satelit.

Rektor UNAIR, Prof. Dr. Mohammad Nasih menyampaikan cenderahati kepada Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail

Beliau berkata, “menerusi Makmal Satelit UTM-UNAIR, pelajar dan staf dapat menjalankan aktiviti penyelidikan dan akademik secara fleksibel dan bersama, kedua-dua pihak dapat mewujudkan geran padanan (matching grant) dan perkongsian fasiliti (shared facility) untuk projek yang telah dikenalpasti”.  

Cadangan ini juga turut disambut baik oleh Rektor, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Prof. Dr. Ir. Mochamad Ashari. Perbincangan antara pihak UTM dan ITS telah mengenal pasti bidang “Automotif”, “Robotic”, “Biomedical Engineering”, “Membrane” dan “Maritime” di bawah Makmal Satelit UTM-ITS yang bakal diwujudkan.

Rektor, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Prof. Dr. Ir. Mochamad Ashari (kanan) dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail (kiri)

Makmal Satelit juga berpotensi sebagai satu usaha “co-branding” antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan keterlihatan serta kerjasama dalam output penerbitan, geran padanan, program mobiliti staf dan pelajar serta akses kepada jaringan “network” UTM, UNAIR dan ITS yang meliputi industri dan agensi di kedua-dua negara.

Delegasi UTM bersama Rektor Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Prof. Dr. Ir. Mochamad Ashari.

Inisiatif “UTM VC ASIA Tour 2.0@ Indonesia” ini menyokong kepada pelaksanaan pelan strategik enVision UTM 2025 khususnya di bawah “Strategic Priorities 8 : Achieve Global Eminence as a distinguished Malaysia Research University in-line with National and Global Agenda.” dan agenda Global Practical yang diilhamkan oleh Naib Canselor UTM tahun ini.

Explore More