April 20, 2024

Search
Close this search box.

FABU UTM dan JUPEM Jalin Kerjasama Perkasa Penyelidikan Pemantauan Seismik dan GPS

Disediakan oleh: Noraziera Azahar, Amir Husni Kamaludin, Mohd Azizi Alim Shah, Lee Hong Sheng, Mohammad Ikmal Mohd Dzukhi, Nur Jehan Jaffar, Muhammad Hanifah Mazlan dan Wan Anom Wan Aris

Kumpulan Penyelidikan Inovasi Geomatik (GnG) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan satu kunjungan hormat dan sesi perkongsian hasil penyelidikan bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Cawangan Ibu Pejabat, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2022. Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan penyelidikan melalui perkongsian hasil penyelidikan.

Delegasi kumpulan UTM-GnG yang diwakili oleh Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin bin Musa, Pengarah Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Dr. Wan Anom Wan Aris bersama tujuh pelajar pascasiswazah UTM-GnG iaitu Amir Husni Kamaludin, Mohd Azizi Alim Shah, Lee Hong Sheng, Noraziera Azahar, Mohammad Ikmal Mohd Dzukhi, Nur Jehan Jaffar dan Muhammad Hanifah Mazlan telah mengikuti sesi lawatan dan mesyuarat ini. Turut hadir bersama di JUPEM ialah Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian Geodetik serta pegawai-pegawai JUPEM.

Sesi perkongsian ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Bahagian Ukur Geodetik dan Pengarah Geoinformasi FABU. Pelajar-pelajar ahli kumpulan UTM-GnG telah melakukan pembentangan serba sedikit mengenai kajian yang dilakukan. Pembentangan ini dilakukan untuk menyatakan kepentingan penggunaan data GPS/GNSS yang dikongsikan oleh JUPEM untuk menyokong hasil kajian. Sesi perkongsian ini telah memberi suatu pendedahan dan maklumat-maklumat baharu kepada kumpulan UTM-GnG khususnya dalam pemantauan seismik, datum transformasi, meteorologi, penentuan orbit GPS serantau dan aplikasi GPS/GNSS berkejituan tinggi.

Explore More