April 26, 2024

Search
Close this search box.

Pensyarah FABU UTM Kongsi Pengetahuan dan Kepakaran Perancangan Bandar Bersama JTS Sarawak

Disediakan oleh: Dr. Syed Muhammad Rafy bin Syed Jaafar & Prof Madya TPr. Dr. Hairul Nizam bin Ismail.

Jalinan kerjasama makmal satelit di antara Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) bersama pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak terus aktif diperkukuhkan melalui kursus Perancangan, Pengumpulan dan Analisis Data Perancangan serta Penyediaan Pelan Pembangunan yang telah dianjurkan oleh Cawangan Perancangan JTS di Palm Beach Resort Sematan, Sarawak pada 28 Jun sehingga 1 Julai 2022 dihadiri oleh 21 orang pegawai dan 34 orang penolong pegawai dari seluruh bahagian di Sarawak.

Dua staf akademik FABU dari program Perancangan Bandar dan Wilayah iaitu Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail dan Dr. Syed Muhammad Rafy Syed Jaafar telah dijemput khas untuk memberi perkongsian ilmu terbaru dalam aspek Perancangan Pelancongan dan Teknik serta Metodologi terkini dalam perancangan Bandar.

Perkongsian ilmu turut disampaikan oleh Penolong Pengarah Perancangan JTS, TPr. Irene Wee Siew Liang dimana aspek visual dan data merupakan informasi yang sangat kritikal dalam bidang perancangan bandar pada masa kini. Perkongsian yang berlangsung sepanjang satu hari ini dihangatkan lagi dengan pelbagai sesi soal dan jawab, cadangan serta pandangan dimana aspek perancangan di Sarawak adalah berbeza daripada di Semenanjung Malaysia. Hasil perkongsian tersebut telah disambut baik kerana ia dilihat mencambahkan pelbagai peluang aktiviti penyelidikan dan projek kerjasama yang lebih banyak pada masa akan datang.

Selepas itu, pihak JTS juga membawa dan mengiringi staf FABU ke kawasan sekitar untuk melihat potensi serta kelebihan sumber Semantan yang telah dikenalpasti sebagai pusat pembangunan pelancongan utama di Sarawak. Sematan juga telah dilabel sebagai ‘Dubai of Sarawak’ oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, di mana projek ini dilihat sebagai antara projek pemangkin bagi pembangunan pelancongan di Sarawak.

Peserta Kursus terdiri daripada 21 orang Pegawai dan 34 orang Penolong Pegawai dari setiap bahagian di Sarawak.
Kata Aluan dan Perkongsian oleh TPr. Irene Wee Siew Liang Penolong Pengarah (Perancangan) JTS.
Sesi Perkongsian Ilmu mengenai perancangan pelancongan oleh Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail.
Sesi Perkongsian Ilmu mengenai teknik dan metodologi terkini dalam perancangan oleh Dr. Syed Muhammad Rafy Syed Jaafar.
Pegawai Cawangan Perancangan JTS yang juga merupakan Alumni Perancangan Bandar dan Wilayah UTM.

Explore More