April 26, 2024

Search
Close this search box.

Kempen ‘Jom Guna Tangga’ Galak Warga Sekolah Komputeran UTM Amal Gaya Hidup Sihat

Sekolah Komputeran UTM telah melancarkan Kempen ‘Jom Guna Tangga’ dalam usaha menggalakkan warganya membudayakan gaya hidup yang sihat. Pelancaran kempen yang berlangsung pada 30 Jun 2022 di blok N28a telah disempurnakan oleh Pengerusi, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir.

Dalam ucapannya, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir menekankan betapa kesihatan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa individu yang kekal cergas dan aktif dengan melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dapat mengurangkan risiko penyakit NCD (Non-Communicable Disease) termasuklah penyakit kardiovaskular.

“Dengan situasi kehidupan pada masa kini, kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa sebarang bentuk aktiviti fizikal yang dilakukan secara berterusan, walaupun sedikit, adalah lebih baik daripada tidak langsung melakukan apa-apa,” tambahnya lagi.

Satu sesi memuat turun aplikasi Strava ke telefon bimbit staf turut diadakan sebelum diakhiri dengan aktiviti naik dan turun tangga beramai-ramai sebagai simbolik pelancaran kempen ini. Semoga inisiatif gaya hidup sihat ini turut menjadi ikutan dan dilaksanakan secara menyeluruh di dalam kampus sesuai dengan hasrat untuk melahirkan warga UTM yang cergas dan cerdas.

Explore More