April 25, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Sambutan hari kebangsaan yang ke-65 dan ulang tahun penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang ke-50 dimeriahkan lagi dengan penganjuran program Konvoi Merdeka 50 Tahun UTM 2022. Konvoi anjuran Unit Endowmen UTM dengan kerjasama UTMAlumni, UTM Marshall dan UTM Plate Owner Club (UTMPOC) ini telah menarik penyertaan 200 peserta melibatkan 50 buah kereta bernombor pendaftaran kenderaan khas “UTM” dan 100 buah motosikal dari 21 kelab motosikal berkuasa tinggi.

Pelepasan peserta Konvoi Merdeka 50 Tahun UTM disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah UTM, YB Dato’ Hj. Ismail Bin Karim.
Peserta konvoi juga terdiri dari 21 kelab motosikal berkuasa tinggi.

Pelepasan peserta Konvoi Merdeka 50 Tahun UTM telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah UTM, YB Dato’ Hj. Ismail Bin Karim, seawal pukul 7 pagi di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Peserta konvoi telah menempuh jarak perjalanan sepanjang 350 kilometer, bermula dari UTM Johor Bahru, singgah sebentar di UTM Pagoh, sebelum meneruskan perjalanan ke Dataran Perbadanan Putrajaya, dan berakhir di UTM Kuala Lumpur.

Persinggahan Konvoi di UTM Pagoh

Persinggahan peserta konvoi di Dataran Perbadanan Putrajaya disambut dan dirai menerusi Majlis Penghargaan Alumni UTM. Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud dan juga alumni-alumni UTM dalam kalangan kakitangan Perbadanan Putrajaya.

Kesemua peserta konvoi selamat tiba di UTM Kuala Lumpur dengan disambut meriah oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Azman Bin Hj. Mokhtar selaku perasmi majlis penutup konvoi. Turut hadir bersama adalah Naib Canselor UTM, Prof. Datuk. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Bin Ahmad.

Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud dan juga alumni-alumni UTM dalam kalangan kakitangan Perbadanan Putrajaya turut serta meraikan dan menyambut ketibaan peserta konvoi di Dataran Perbadanan Putrajaya.

Menurut Pengarah Program, Prof. Madya Dr. Yusuf Boon, penganjuran Konvoi Merdeka 50 Tahun UTM merupakan manifestasi rasa bangga warga UTM yang telah 50 tahun menyumbang kepada kesejahteraan negara, di samping menyemarakkan lagi rasa cinta akan tanah air menjelang sambutan hari kebangsaan. Malah, keunikan konvoi ini dapat dilihat dengan penyertaan kereta bernombor pendaftaran kenderaan khas “UTM”, sekali gus memupuk rasa bangga warga universiti dalam menonjolkan identiti UTM itu sendiri.

Gambar kenang-kenangan peserta Konvoi Merdeka 50 Tahun UTM di hadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya
Majlis penutup konvoi dan pelancaran logo UTM Plate Owner Club (UTMPOC) oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Azman Bin Hj. Mokhtar di UTM Kuala Lumpur

Sementara itu, program khidmat masyarakat turut menjadi sebahagian daripada acara konvoi ini, yang mana sumbangan sebanyak RM 5,500 telah diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Rahoma Darul Fakir Malaysia.

Dalam pada itu, Ketua Konvoi, Prof. Madya Dr. Mohd Ariffin Bin Abu Hassan memanjatkan rasa syukur atas kelancaran perjalanan konvoi, di samping merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penganjuran program konvoi ini.

Explore More