April 27, 2024

Search
Close this search box.

Oleh : Rohaizan binti Khairul Anuar

JOHOR BAHRU, 27 Ogos – Setelah dua tahun ditangguhkan kerana pandemik, program Hari Keluarga UTM 2022 yang dinanti-nantikan oleh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya diadakan dan disambut meriah dengan kehadiran lebih dari 2000 staf hari ini.

Program yang diketuai oleh Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar selaku penganjur turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Azman Hj Mokhtar, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Pegawai-Pegawai Kanan UTM.

Barisan Ahli Pengurusan Universiti bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UTM

Berlokasi di Stadium Azman Hashim, sambutan tahun ini membawa tema “Keluarga Sejahtera, UTM Produktif” dengan suntikan acara baharu iaitu perbarisan kontinjen bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Merdeka.

Acara Perbarisan Kontinjen

Sebanyak lapan kontinjen turun bertanding iaitu Green Mantis, Black Mamba, Orange Fox, Brown Bear, Red Falcon, Purple Stinger, Blue Shark dan Yellow Hornet mewakili pelbagai jabatan di UTM.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Azman Hj Mokhtar, di dalam ucapan perasmiannya berkata, “Tema “Keluarga Sejahtera, UTM Produktif”, amat bertepatan dan selari dengan hasrat Universiti dalam memperkasa pembangunan bakat. Kesejahteraan keluarga amat penting bukan sahaja dalam membentuk keluarga bahagia, malahan juga merupakan faktor yang mampu meningkatkan prestasi dan produktiviti staf bagi pembangunan bakat, serta perkhidmatan kepada pelanggan dan juga pemegang taruh Universiti.”

Beliau juga turut menyeru agar semua sentiasa mengekalkan cara hidup sihat dengan “menjaga kesihatan minda melalui aktiviti dan program sokongan yang boleh digerakkan melalui kelab, persatuan, dan sebagainya” katanya lagi.

Gimik perasmian Hari Keluarga UTM 2022 yang disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Hj Mokhtar.

Istimewanya pada tahun ini,  Hari Keluarga UTM 2022 menyaksikan pelbagai aktiviti menarik untuk golongan dewasa dan kanak-kanak untuk turut serta. Ahli pengurusan UTM  juga turut mengambil bahagian dalam acara VIP Happy Golfing yang dimenangi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Sr Dr. Hishamuddin Mohd Ali sebagai johan, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail di kedudukan kedua dan Pengarah Kampus UTM Pagoh, Prof. Ts. Dr. Safian Sharif di kedudukan ketiga.

 

Aksi ceria Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail dalam acara VIP Happy Golfing

Pemenang perbarisan kontinjen terbaik dinobatkan kepada Red Falcon (Gabungan Jabatan Bendahari, Sekolah Kejuruteraan Elektirik, UTM Kuala Lumpur dan AHIBS) manakala Penolong Jurutera, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Mohd Shukri Ansar telah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu Ultra HD TV 65 inci jenama Haier.

Red Felcon sebagai pemenang perbarisan kontinjen terbaik
Mohd Shukri Ansar berjaya bawa pulang hadiah Ultra HD TV 65 inci

Untuk liputan lanjut, sila lawati https://www.facebook.com/hekutm

Explore More