November 22, 2024

Search
Close this search box.

PALEMBANG, 10 Jun. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Sriwijaya (UNSRI) bagi memperkasa kerjasama akademik universiti di sini, hari ini.

MoU ini ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail mewakili UTM dan Rektor, Profesor Dr. Ir. H. Anis Saggaff mewakili UNSRI.

Hubungan kerjasama yang baik antara UNSRI dan UTM telah terjalin sejak tahun 2007 di mana UTM telah membantu penubuhan Fakulti Sains Komputer di UNSRI.

Ia juga terbukti apabila beberapa staf akademik UNSRI juga telah melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UTM dan menjadi Alumni UTM. Tokoh utama Alumni UTM di UNSRI ialah Rektor UNSRI sendiri, Profesor Dr. Ir. H. Anis Saggaff.

Menurut Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, melalui MoA yang diperbaharui ini dapat mengembangkan kurikulum dan pertukaran penerbitan ilmiah di mana UTM akan memberi keutamaan kepada para pensyarah UNSRI untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah di UTM.

“Kerjasama kedua-duanya akan terus dilanjut dan dikembangkan meliputi tujuan dan aktiviti seperti kerjasama penyelidikan dan akademik, penulisan bersama, pertukaran pelajar dan staf akademik serta pegawai pentadbir, dan aktiviti yang menjana faedah kedua-dua pihak.

UTM dan UNSRI juga akan menjalankan aktiviti pertukaran atau mobiliti staf dan pelajar seperti meprogram Non Graduating Student (NGS) serta program pasca kedoktoran, program tindikan dan banyak lagi.

Menurut beliau lagi, UTM sangat berbesar hati jika kerjasama ini dapat diperluas dan dikembangkan dengan lebih baik pada masa sekarang dan juga akan datang.

“Ia juga diharap akan dapat meluaskan lagi rangkaian kerjasama akademik UTM dengan universiti-universiti lain di Indonesia dan dapat meningkatkan lagi kedudukan UTM di mata dunia.

Semoga MOU yang ditandatangani ini membawa kecemerlangan bidang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran antara kedua-dua belah pihak serta menjana jenama unggul UNSRI dan UTM di rantau Asia Tenggara khasnya dan dunia amnya, dalam bidang sains, teknologi, dan kejuruteraan,” akhiri beliau.

Pejabat Naib Canselor UTM

Jabatan Canseleri

Tentang UNSRI

 UNSRI merupakan sebuah universiti dan pusat penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang secara signifikan pembangunan dan kemajuan sains, teknologi, seni dan budaya di Indonesia.

Kampus utama UNSRI terletak di Palembang dan kampus kedua terletak di Indralaya, Kabupaten Ogan Ilir, kira-kira 32 km dari Palembang.

Explore More