Mei 12, 2024

Search
Close this search box.
Hasil binaan ini akan diletakan di Kawasan sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan

Penyerahan Simen Fero HEP UTM KL Sempena Kayuhan 50 Tahun UTM kepada Komuniti Port Dickson

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Program Kembara Kayuhan 50 tahun UTM yang melibatkan warga UTM yang telah bermula pada 8 Jun yang lalu memberi peluang Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur untuk meyerahkan sumbangan simen fero kepada Majlis Daerah Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sumbangan tersebut bertujuan memenuhi keperluan asas kepada penduduk Majlis Perbandaran Port Dickson di samping mempromosikan UTM sempena 50 tahun penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr Aminudin bin Haji Abu, dan diiringi Pengarah UTM iLeaGue Kuala Lumpur, Prof. Madya Ts. Dr. Asnul Dahar Minghat dan Ketua Pentadbiran UTM Kuala Lumpur,Tuan Haji Najib bin Masroom.

Turut hadir ialah wakil dari Majlis Perbandaran Port Dickson, Puan Hamiza binti Hasnin.

Hasil binaan ini akan diletakan di Kawasan sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan

Explore More