April 26, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Antarabangsa & Tempatan Alami Kemeriahan Aidilfitri Sempena Sambutan Hari Raya Pelajar UTM KL

Kemeriahan sambutan Majlis Hari Raya Pelajar  tahun 2022 anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) telah berlangsung pada hari Khamis, 19 Mei 2022 dengan kehadiran seramai 600 orang pelajar.

Setelah 2 tahun sambutan Majlis Hari Raya tidak dapat diadakan di kampus, pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengambil peluang tersebut dengan mengadakannya secara fizikal di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid, dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Kehadiran tetamu – tetamu kehormat menyerikan lagi majlis pada hari tersebut: Naib Canselor UTM, Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin bin Haji Abu, serta semua pegawai yang mewakili Fakulti dan tidak ketinggalan Felo felo Kediaman Siswa Jaya.

Majlis diserikan dengan penglibatan pelajar dalam pertandingan menganyam ketupat, pertandingan tiktok dan pertandingan mengira kuih raya. Kemuncak majlis pada hari tersebut ialah persembahan tarian dan nyanyian dari Kelab Seni Budaya. 

Rata-rata pelajar menjadikan Majlis Sambutan Hari Raya tersebut sebagai salah satu peluang untuk mereka bersama-sama merayakan aidilfitri dengan pelajar-pelajar lain yang berlainan bangsa dan agama. Ini juga termasuk pelajar antarabangsa yang dapat merasakan sendiri juadah hari raya tempatan pada majlis hari raya tersebut. 

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar berharap, Majlis Sambutan Hari Raya Pelajar 2022 ini dapat dijadikan sebagai platform bagi semua pelajar untuk merasai kemeriahan aidilfitri di kampus selain meraikan aidilfitri bagi mereka yang berjauhan daripada keluarga.

Explore More