April 20, 2024

Search
Close this search box.

Keriangan Berganda, Graduan Pasangan Sepupu Teruja Berkongsi Pentas Konvokesyen yang Sama

Johor Bahru, 24 Mei – Berkongsi pentas yang sama pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-65 merupakan pengalaman terindah buat sepasang sepupu yang berjaya menamatkan pengajian mereka bersama-sama.

Dr.Fitriyah Razali, 29 menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Fasiliti manakala sepupunya, Nurin Faqihah, 28 memperoleh Ijazah Sarjana Sains (Risikan Perniagaan dan Analitik Data) dalam mod pembelajaran kerja kursus.

Apabila diminta untuk berkongsi lebih lanjut tentang latar kisah graduasi dua sepupu ini, Dr Fitriyah berkata, mereka sebenarnya tidak menjangka akan graduasi bersama.

“saya sebenarnya habis belajar pada awal tahun 2021, kemudian terpaksa menunggu setahun untuk  menghadiri konvokesyen walaupun telah memperoleh surat senat PHD pada Mei 2021.

Kemudian, kebetulan Nurin juga tamat pengajian pada tahun yang sama, jadi dapatlah kami berkongsi pentas pada hari ini dan ini merupakan keriangan berganda bagi kami satu keluarga.”

Dr. Fitriyah yang baru memulakan kerjayanya sebagai seorang pensyarah di Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM menyifatkan sepupunya itu sebagai seorang yang cekal dan tabah apabila keluarga mereka diuji dengan dugaan Ilahi di mana ketika itu, masing-masing masih berada di tahun pengajian.

Nurin Faqihah yang juga merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Matematik, Statistik dan Sains Aktuari dari universiti luar negara, University of Iowa, US ini berkata

“Sebagai saudara rapat yang membesar bersama, saya sentiasa kagum dan terinspirasi dengan setiap pencapaian Fitriyah, lebih-lebih lagi apabila beliau berpeluang untuk melanjutkan pelajaran Doktor Falsafah  secara ‘fast track’.

Kini beliau turut mengikut jejak langkah sepupunya itu dengan menyambung pelajaran bagi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Analisis Data Besar selama hampir satu semester  di UTM.

Dr. Fitriyah turut berkesempatan berkongsi pandangan beliau tentang gelaran Doktor Falsafah yang dibawanya kini,

“Saya kalau boleh tidak mahu pun membawa gelaran doktor falsafah kerana pada pandangan saya, gelaran Dr. tersebut merupakan gelaran profesional yang membawa tanggungjawab besar,

Dan setiap pemegang gelaran itu perlu tahu yang mereka sebenarnya memainkan peranan untuk menyalurkan ilmu yang dimiliki dan diperolehi di tempat yang betul untuk manfaat bersama” kata beliau.

Dr. Fitriyah Razali dan Nurin Faqihah meraikan hari bersejarah mereka bersama keluarga di UTM kampus Johor Bahru . Mereka mempunyai pertalian sepupu melalui hubungan adik- beradik sebelah bapa.  

Explore More