Disember 3, 2024

Search
Close this search box.

Ihya’ Ramadan – Santuni Komuniti Desa Bakti Melalui Program “Masak & Edar Bubur Lambuk”

JOHOR BAHRU, 16 Apr. –  Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, satu program memasak dan mengagihkan bubur lambuk telah dijalankan oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, Universiti Teknologi Malaysia bersama warga komuniti Desa Bakti.

Program ini bukan sahaja untuk mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan bulan Ramadhan, tetapi juga dapat memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan ahli jawatankuasa yang terlibat untuk bergotong royong dalam menyediakan bubur lambuk.

Upacara pengagihan bungkusan bubur lambuk kepada penduduk dan masyarakat setempat Desa Bakti ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Johari bin Surif, Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri.

Beliau berharap, program memasak secara bersama dan agihan bubur lambuk pada tahun ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Program ini juga telah berjaya dilaksanakan dalam fasa negara menuju fasa endemik Covid -19 dengan mematuhi SOP semasa. Program tahun ini dijalankan selari dengan sambutan 50 tahun UTM dan bertujuan untuk memeriahkan lagi ramadan tahun ini bersama penduduk Desa Bakti. Ia juga selaras dengan hasrat Universiti untuk kekal prihatin kepada komuniti sekitarnya.

Prof. Madya Dr. Johari Surif, Pengarah CCIN bersama memasak bubur lambuk

Prof. Madya Dr. Johari Surif, Pengarah CCIN bersama Penghulu Desa Bakti , En Abdul Aziz Abdul Latiff membuat edaran bubur lambuk kepada komuniti Desa Bakti.

Explore More