April 26, 2024

Search
Close this search box.

Ihya’ Ramadan – Kongsi Rezeki Melalui Agihan Makanan Percuma kepada para pelajar UTM

JOHOR BAHRU, 24 Apr. –  Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, UTM melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) menyokong inisiatif yang dijalankan oleh Pusat Islam dengan turut terlibat menjalankan program agihan makanan percuma kepada warga kampus terutamanya kepada para pelajar yang disayangi selari dengan hasrat universiti untuk senantiasa mempamerkan sifat peduli yang sangat tingi kepada mereka yang memerlukan.

Program ini melibatkan bukan sahaja pelajar tempatan malah penerima agihan makanan ini juga terdiri daripada pelajar antarabangsa yang menetap di dalam dan juga di luar kampus. Ia juga dilihat selari dalam menyokong agenda Sustainable Development Goals (SDG) iaitu matlamat 1. Tiada Kemiskinan, 2. Tiada Kelaparan.

Program kali ini telah dihadiri oleh Pengarah CCIN, YBrs. Prof. Madya Dr. Johari Bin Surif, Timbalan Pengarah CCIN, Prof. Madya Dr. Mohamad Hafis Izran Bin Ishak, Penolong Pendaftar Kanan, CCIN, Pn. Fasihah Binti Mohd Jaslan, dan turut dihadiri oleh para staf CCIN.

Program ini diharapkan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pelajar terutama yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik Covid -19 dalam meneruskan kehidupan sebagai pelajar.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dalam fasa negara menuju fasa endemik Covid -19 dengan mematuhi SOP semasa sebagaimana garis panduan yang ditetapkan oleh Universiti.

Setinggi – tinggi penghargaan juga diberikan kepada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) atas kelulusan dana program.

Diharapkan sumbangan kepada para pelajar yang diraikan ini dapat sedikit sebanyak menceriakan lagi sambutan Ramadan mereka setelah dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Agihan makanan berbuka puasa oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Johari Surif, Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri kepada pelajar – pelajar tempatan dan antarabangsa UTM
Suasana agihan makanan berbuka puasa kepada pelajar yang baru sahaja menyelesaikan kuliah (selepas asar).

Explore More