April 24, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 28 Apr. — Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei 2022, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menghantar pelajar-pelajar pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya.

Danial Iskandar semasa sesi taklimat

Seramai 60 orang pelajar telah dihantar pulang melalui Program Ops Jom Balik Raya anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (JNTCHEP), Kluster Perkhidmatan (TNCP) dan Bahagian Keselamatan UTM.

Yang Di-Pertua MPP UTM, Danial Iskandar bin Jafridin berkata, pelajar yang dihantar pulang ke negeri masing-masing adalah mengikut zon masing-masing.

“Daripada jumlah 60 orang pelajar tersebut, 27 orang pelajar dihantar pulang ke Zon Pantai Timur dan 33 orang pelajar lagi dihantar pulang ke Zon Tengah dan Zon Utara.

Sebanyak dua bas telah disediakan mengikut zon masing-masing dan urusan penghantaran pelajar dari Dataran UTM adalah berjalan dengan lancar,” kata beliau.

Tambah Danial lagi, pelajar yang telah memberi nama kepada MPP sebelum ini diminta berkumpul di Dataran UTM mengikut susunan untuk sesi pendaftaran.

Mereka juga dibekalkan sahur kits bagi persediaan sahur untuk esoknya,” kata beliau.

Urus Setia Ops Jom Balik Raya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga UTM.

Sesi flag-off yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Aktiviti Dan Pembangunan Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Bin Abdul Latib

Explore More