April 20, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 2 Apr. — Sinergi 42 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada pelbagai kolej kediaman telah menyantuni Sekolah Kebangsaan Parit Rambai dalam membersih, mencantikkan dan menambah keceriaan persekitaran sekolah tersebut.

Program tersebut, University Social Responsibility (USR) by MISTAR’22 @ SK Parit Rambai, Pontian Johor adalah merupakan salah satu program secara fizikal yang dianjurkan sepanjang Minggu Seni Tun Razak (2022) anjuran Kolej Tun Razak, UTM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian dan Sekolah Kebangsaan Parit Rambai, Pontian Johor.

Program sehari ini telah diadakan pada 2 April 2022 bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara UTM dengan pihak Sekolah Kebangsaaan Parit Rambai.

USR by MISTAR’22 ini memfokuskan kepada aktiviti melukis mural di SK Parit Rambai dan program ini juga merupakan program kesukarelawan yang disertai oleh pelajar Kolej Tun Razak (KTR), Kolej Tun Fatimah (KTF) serta Kolej Tuanku Canselor (KTC).

Seramai 42 sukarelawan telah berjaya menyiapkan lukisan mural serta kata-kata nasihat pada dinding terbuka di sekitar kawasan sekolah. Di samping itu juga, para sukarelawan telah membantu pihak sekolah membersihkan stor dan sekitar pekarangan sekolah.

Kesemua 42 sukarelawan berasa amat teruja dengan program USR by MISTAR’22 dan berharap agar program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Karya mural yang dihasilkan oleh pelajar UTM di SK Parit Rambai
Mural logo SK Parit Rambai
Mural VISI SK Parit Rambai
Mural MISI SK Parit Rambai
Hasil karya kata hikmah daripada pelajar UTM di SK Parit Rambai
Pembersihan kolam ikan di SK Parit Rambai dilaksanakan oleh sukarelawan UTM

Penulis: Nafisa Azman
Penyunting: Akmal Ayob, Norhanim Abdul Samat, Ahmad Safwan
Foto: Hazim Rozi

Explore More