April 20, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 20 Apr. — Seramai 150 peserta terdiri daripada pelajar dan staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta komuniti telah menyediakan 1,000 pek dodol untuk diagihkan kepada warga universiti melalui program Jom Kacau Dodol Perdana 2022.

Bermula seawal jam 10:00 malam, peserta yang mewakili 10 pusat tanggungjawab (PTJ) di UTM termasuk komuniti dari KRT Taman Desa Idaman Senai telah bertungkus-lumus menyediakan dodol sehingga selesai kira-kira jam 2:00 pagi bertempat di Dataran U4 Kolej Perdana UTM.

Ihsan Bernama

Program tersebut merupakan sinergi antara kolej kediaman dan PTJ dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin.

Pengetua Kolej Perdana, Dr Syamsul Hendra Bin Mahmud berkata sebanyak kira-kira 160kg bahan telah disediakan dan dodol tersebut disediakan menggunakan 10 kawah melambangkan 10 wakil PTJ.

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin. Gambar ihsan Bernama

Menurut beliau, program tersebut diadakan bagi memupuk semangat gotong-royong dan menambahkan kemeriahan dan keceriaan bulan Syawal kepada komuniti yang tinggal di UTM.

Ia juga diadakan bertujuan untuk memelihara tradisi turun-temurun di samping memperkenalkan tradisi tersebut kepada pelajar antarabangsa di UTM.

Explore More