April 25, 2024

Search
Close this search box.

Seksyen Keselamatan UTM Terima Kenderaan dari Pengurusan Tertinggi UTMKL

KUALA LUMPUR, 12 Apr.– Seksyen Keselamatan, Jabatan Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Kenderaan oleh Pengurusan Tertinggi UTMKL.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof Ts. Dr. Abd Latif Bin Saleh, Pro NC UTMKL dan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Najib Bin Masroom, Ketua Pentadbiran UTMKL.

Seksyen Keselamatan telah menerima 2 unit motosikal jenama Kriss yang telah dibaikpulih, 2 unit motosikal jenama Honda model EX5 limited edition baru, 2 unit basikal elektrik jenama Voltron, dan 1 unit dron DJI Mavic 2 Pro.

Sebanyak 2 unit motosikal jenama Kriss dan 2 unit basikal elektrik telah diserahkan kepada Unit Kawalan Am untuk tujuan rondaan keselamatan, manakala 2 unit motosikal Honda model EX5 diserahkan kepada Unit Lalulintas untuk tugasan mengiring kenderaan VIP dan rondaan dalam kampus.

Seterusnya, dron diserahkan kepada pasukan khas pilot seramai 4 orang diketuai oleh Ketua Seksyen Keselamatan.

Teknologi dron digunakan untuk tujuan rondaan keselamatan perimeter kampus, dan laporan pembaziran ruang pada waktu malam. Selain itu, penggunaan basikal elektrik bagi tujuan rondaan adalah untuk mengekalkan imej kelestarian kampus.



Explore More