April 19, 2024

Search
Close this search box.

PEWIBAWA Anjur SUPER 21 Erat Kerjasama Sesama Ahli

Pada 30 Disember 2021 hingga 3 Januari 2022 lalu, Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Program Sukan PEWIBAWA (SUPER 21) yang diadakan di Kolej Rahman Putra, UTM.

Program ini disertai oleh semua ahli PEWIBAWA dan dihadiri oleh Pengarah Perancangan Bandar dan Wilayah UTM, Prof. Madya TPr Dr. Hairul Nizam Ismail serta para pensyarah lain dari program pengajian tersebut.

Antara sukan yang dianjurkan ialah Badminton, Bola Tampar, Futsal, Bola Keranjang dan Dodgeball Dan diwakili oleh setiap mahasiswa daripada keempat – empat tahun pengajian masing-masing

Bagi Bola Keranjang, kumpulan Phoenix telah memenangi acara tersebut dengan 16-12 mengalahkan Invictus.

Seterusnya, bagi acara Futsal Phoenix A19 telah berjaya menewaskan Invictus dengan 02-01.

Bagi acara Badminton pula, Invictus telah menang melawan Phoenix B dengan 3-2 kemenangan secara keseluruhan.

Bagi Bola Tampar pula,Invictus telah memenangi acara tersebut melawan Phoenix dan terakhir sekali bagi Dodgeball perempuan, Invictus telah memenangi acara tersebut manakala bagi Dodgeball lelaki adalah Phoenix A.

Foto secara langsung wakil pemain daripada Phoenix B dan Invictus selepas acara Bola Keranjang berlangsung.
 
Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada kesemua ahli dan para pensyarah yang terlibat dalam acara Badminton dan Futsal.
Foto: Pegawai Pusat Kesihatan Universiti UTM, MA Amiruldin memberi taklimat mengenai  pertolongan cemas yang dilangsungkan pada 28 Disember 2022 di Pusat Kesihatan Universiti UTM kepada krew MEDIC
Foto secara langsung ketika acara Badminton perseorangan lelaki daripada Phoenix B yang diwakili oleh Ahmad Irham Bin Mohd Tarmizi.
Foto secara langsung selepas acara Futsal, barisan pensyarah yang ikut serta acara ini pada waktu pagi di gelanggan futsal Kolej Rahman Putra.

Ia juga telah berjaya untuk merapatkan hubungan antara ahli-ahli dan dapat mengurangkan tekanan dan kelelahan ahli-ahli PEWIBAWA yang sedang sibuk menyiapkan tugasan.

Krew MEDIC sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan kepada pemain-pemain yang mempunyai kecederaan kecil.

Krew MEDIC ini telah diberi taklimat oleh Pihak Pusat Kesihatan UTM bagi memberi langkah-langkah rawatan awal kepada krew sekiranya terjadi kecederaan semasa program ini dijalankan.

PEWIBAWA mengharapkan agar pelaksanaan program Sukan Pewibawa (SUPER 21) ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli-ahli yang terlibat.

Pihak PEWIBAWA juga ingin merakamkan terima kasih keapda ahli-ahli yang menyokong pemain-pemain yang mewakili setiap sukan yang diadakan.

Oleh itu, program ini adalah digalakkan untuk diadakan pada masa akan datang.

Explore More