April 20, 2024

Search
Close this search box.

UTM MyLinE bersama Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UTM Johor Bahru telah menjayakan MyLinE Celebrates UTM 50 Quiz Competition, kuiz mingguan berbahasa Inggeris bersempena dengan sambutan UTM ke 50 tahun baru-baru ini.

Kuiz mingguan ini terbuka kepada seluruh warga UTM (PPP) bermula pada 14 Februari 2022 sehingga 14 Mac 2022.

MyLinE Celebrate UTM50 merupakan inisiatif pihak UTM MyLinE dalam meraikan sambutan 50 tahun UTM dan dijalankan secara dalam talian melalui portal MyLinE http://myline.utm.my/myline/.

MyLinE Celebrates UTM50 Quiz Competition ini diadakan secara mingguan yang menawarkan hadiah berupa wang tunai sehingga RM150 dan hadiah misteri yang disediakan oleh pihak UTM MyLinE.

Dalam menyemarakkan sambutan UTM 50 tahun ini, peserta didedahkan dengan soalan-soalan berkaitan sejarah penubuhan UTM, konsep ISES dan pengetahuan tentang UTM berdasarkan amanat Naib Canselor dan perkongsian ilmu barisan pentadbir UTM.

Sebanyak 3 soalan disediakan bagi setiap minggu sepanjang sebulan kuiz mingguan ini berlangsung.

MyLinE Celebrates UTM50 Quiz Competition bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan am berkaitan UTM, sejarah penubuhan UTM serta menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan staf PPP.

Soalan-soalan yang disediakan dalam bahasa Inggeris ini mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan staf PPP di UTM.

Selain itu juga, MyLinE Celebrates UTM50 ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dikendalikan oleh UTM MyLinE dalam memeriahkan lagi sambutan 50 tahun UTM.

Seramai 12 orang pemenang mingguan dipilih, di mana 3 pemenang yang menjawab dengan tepat dan terpantas akan dipilih sebagai pemenang dan 3 pemenang utama telah dipilih bagi Grand Finale MyLinE Celebarates UTM50 Quiz Competition yang dijalankan pada 14 Mac yang lalu.

Selain itu, UTM MyLinE juga menyediakan 3 hadiah misteri dan 7 hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang telah turut serta dalam kuiz ini.

UTM MyLinE ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menyertai MyLinE Celebrates UTM50 Quiz Competition yang dijalankan selama 4 minggu dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

(Disediakan oleh : Nur Nadirah Baharam, Abd Rahim Ahmad, Nurhidayah Reman & Nur Syuhadah Rusni)

Explore More