April 26, 2024

Search
Close this search box.

Majlis Felow Kolej Tun Fatimah Anjur Kem Pemantapan Bina Jati Diri Mahasiswa Unggul

Majlis Felow Kolej Tun Fatimah (KTF) telah berjaya melaksanakan Kem Pemantapan melibatkan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) yang telah dipilih bagi Sesi 2021/2022.

Kem ini telah diadakan pada 16 – 18 Mac 2022 di Teluk Gorek Chalet dan Camp Site, Mersing, Johor dan diadakan susulan daripada Kem Pembentukan yang telah diadakan pada 26 – 28 Ogos 2021.

JKM KTF bagi Sesi 2021/2022 telah dibentuk dan JKM telah merancang program dan aktiviti bagi Semester I dan Semester II bagi Sesi 2021/2022 di mana semua program dan aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan baik. 

Meskipun JKM KTF telah dapat merancang dan melaksanakan dengan baik, Majlis Felow KTF berpandangan pelajar-pelajar yang terlibat dalam JKM ini perlu diberi suntikan semangat supaya menghasilkan program yang berimpak tinggi.

Program suntikan semangat ini bukan sahaja untuk menghasilkan program-program yang baik tetapi untuk membentuk sahsiah mereka sebagai persediaan melangkah ke dunia luar nanti.

Oleh yang demikian, Kem Pemantapan JKM KTF yang berteraskan outdoor program wajar dilaksanakan bagi membina jati diri mahasiswa yang unggul dan juga menjadikan mereka cekal melaksanakan program-program yang pastinya mencabar pada masa hadapan.

Objektif kem pemantapan ini adalah membina jati diri mahasiswa yang unggul, cekal dan berwawasan, membentuk satu pasukan kerja yang dinamik dan berjaya dan merapatkan hubungan antara Majlis Felow dan JKM.

Program-program dalam kem selama 3 hari 2 malam ini telah disusun oleh Majlis Felo dengan dibantu kumpulan fasilitator yang disediakan oleh pihak Teluk Gorek Chalet and Camp Site.

Seramai 17 oran ahli JKM telah hadir dan membentuk 4 kumpulan manakala seramai 7 orang dalam kalangan Majlis Felow turut hadir bagi mengendalikan kem pemantapan ini.

Aktiviti pertama dimulakan dengan ucapan  Pengetua KTF, Dr Noor Mala binti Ibrahim di slot pembukaan dan taklimat oleh Kem Komanden, Felow Pn Hanifah binti Ahmad.

Slot seterusnya ialah Telematch Game dikendalikan oleh Fasilitator Kem. Program Ke-2 pada sebelah malam dikendalikan oleh Felow En Zolkifli bin Shaari.

Aktiviti pada hari ke-2 sepanjang hari dikendalikan oleh fasilitator, bermula dengan jungle tracking, jungle cooking dan seterusnya water element.

Untuk aktiviti water element, peserta mencuba aktiviti water confident dan membina dan mendayung rakit ke laut.

Program diteruskan dengan aktiviti malam terakhir iaitu malam kebudayaan bagi semua kumpulan mempersembahkan kreativiti masing-masing.

Aktiviti hari terakhir pula ialah sesi rumusan bagi setiap aktivti yang dijalankan dan diakhiri dengan ucapan dan harapan semua Majlis Felow.

Pengetua mengakhiri program kem pemantapan dengan memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta dan berharap ahli JKM akan terus bermotivasi melaksanakan program-program yang berimpak di KTF, UTM.

Explore More