April 20, 2024

Search
Close this search box.

UTM CRES Ketuai Projek Rejuvenasi Desa Bakti Jadikan Perumahan Staf Lebih Selesa

Oleh Umussaa’dah Adam dan Ani Marini

JOHOR BAHRU, 23 Apr. –  Seramai 225 warga UTM termasuk staf dan pelajar telah memeriahkan Majlis ‘Lemang Sekampung’ yang diadakan bersempena bulan Ramadan dan Syawal bertempat di Perkarangan Gelanggang Sepak Takraw Desa Bakti 2 dan Surau Desa Bakti, di sini, hari ini.

Program tersebut diadakan untuk merapatkan ukhuwah antara komuniti Desa Bakti, pihak universiti dan pelajar.

Ia juga merupakan salah satu aktiviti Perunding Projek Rejuvenasi Desa Bakti (REDBAK) di bawah projek kesejahteraan dan impak psikososial dan dianjurkan oleh UTM CRES dengan kerjasama Jawatan Kuasa Penduduk Desa Bakti dan pelajar-pelajar kursus SPPH, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

UTM CRES sebelum ini telah dilantik oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan  (JTNCP) sebagai pada Januari 2021.

Projek ini adalah inisiatif pihak Business Management Division (BMD), JTNCP bagi menjadikan perumahan staf UTM sebagai kediaman yang berdaya huni dengan persekitaran fizikal yang selamat, selesa dan sejahtera.

Ianya menjadi tanda aras keprihatinan UTM sebagai institusi pengajian tinggi ke atas keperluan komuniti.

Sumbangan moreh daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah di mana pihak yayasan berbesar hati menyumbangkan 200 pek makanan moreh.

Program tersebut turut ditaja oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah di mana pihak yayasan berbesar hati menyumbangkan 200 pek makanan moreh.

Dalam program tersebut, Ketua Perunding REDBAK, Dr. Nurul Hana Adi Maimun telah mengadakan pembentangan Projek REDBAK diikuti dengan tayangan video Master plan Desa Bakti.

Sumbangan duit raya kepada anak-anak Desa Bakti

Acara lain yang turut dijalankan ialah pemberian duit raya kepada anak-anak Desa Bakti diselangi tayangan video perjalanan program ‘Lemang Sekampung’ oleh pelajar-pelajar SPPH, Sekolah Pendidikan, FSSH.

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan bin Haji Ahmad telah merasmikan program tersebut dan turut hadir ialah Penghulu Desa Bakti, En Abdul Aziz Abdul Latiff dan barisan AJK, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset, Prof. Sr Dr. Maimunah Binti Sapri, Ketua Unit Residen , Seksyen Pengurusan Perniagaan, En. Ariffin Bin Basserany

Menu tambahan iaitu sate daging dan ayam

Tetamu lain yang turut hadir ialah dari team perunding REDBAK iaitu Ketua Perunding/Pengarah UTM CRES, Dr. Nurul Hana Binti Adi Maimun, Pengarah Program Lemang Sekampung, En Shahrin Hashim, Dr Hariati Abdullah Hashim, Dr. Fatin Afiqah binti Md Azmi, Dr. Salmalina binti Salleh, Pn Umussaa’dah Adam, wakil dari Yayasan Raja Zarith Sofiah, wakil CCIN, penduduk Desa Bakti dan pelajar Sekolah Pendidikan serta wakil pelajar antarabangsa.

Lemang dihidangkan untuk juadah berbuka puasa
Peserta membersihkan buluh untuk lemang

Sehari sebelum program tersebut, peserta yang terlibat telah sama-sama menyediakan ketupat dan membakar lemang untuk dihidangkan pada hari program.

Gotong royong penyediaan bahan masakan lemang, ketupat dan rendang
Proses membakar lemang secara tradisional menggunakan kayu api
Kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa memeriahkan lagi majlis disamping dapat berkongsi budaya masayarakat Malaysia
Ucapan aluan oleh Penghulu Desa Bakti , En Abdul Aziz Abdul Latiff
Pembentangan oleh Ketua Perunding REDBAK, Dr. Nurul Hana Adi Maimun
Ucapan Perasmian Majlis oleh Prof. TNCP
Sekitar sesi berbuka puasa Majlis Lemang Sekampung
#TAMAT

Explore More