Oktober 7, 2024

Search
Close this search box.

Ihya’ Ramadan- UTM Santuni Anak – Anak Pelajar Maahad Tahfiz Al Ghazali

JOHOR BAHRU, 20 Apr. –  Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, UTM melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) meneruskan tradisi pada bulan Ramadan tahun ini dengan menyantuni para pelajar Maahad Tahfiz Al Ghazali bertempat di Bandar Pulai Jaya, Johor Bahru.

Program kali ini telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBrs. Prof. Dr. Rosli Bin Md Illias, Pengarah CCIN, Prof. Madya Dr. Johari Bin Surif, Timbalan Pengarah CCIN, Prof. Madya Dr. Mohamad Hafis Izran Bin Ishak, Penolong Pendaftar Kanan, CCIN, Pn. Fasihah Binti Mohd Jaslan dan turut dihadiri oleh para staf CCIN.

Pada penganjuran majlis kali ini, CCIN menyantuni pelajar dan juga tenaga pengajar dari Maahad Tahfiz Al – Ghazali yang merupakan sebuah institusi pendidikan dan pengajian hafazan Al – Quran persendirian.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),UTM, YBrs. Prof. Dr. Rosli Bin Md Illias berpeluang menyampaikan sumbangan duit raya, dana wakaf kenderaan dan komputer riba hasil sumbangan orang ramai dan dana khas sambutan 50 tahun UTM.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dalam fasa negara menuju fasa endemik Covid -19 dengan mematuhi SOP semasa.

Program tahun ini dijalankan selari dengan sambutan 50 tahun UTM dan bertujuan untuk memeriahkan lagi Ramadan selaras dengan hasrat Universiti untuk kekal prihatin kepada komuniti sekitarnya.

Diharapkan sumbangan kepada para pelajar yang diraikan ini dapat sedikit sebanyak menceriakan lagi sambutan Ramadan mereka setelah dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara. Majlis diakhiri dengan selawat dan qasidah oleh anak – anak tahfiz yang disantuni.

r,Penyampaian sumbangan kepada Maahad Tahfiz Al – Ghazali, UTM diwakili oleh Prof. Dr. Rosli Bin Md Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
Sesi penyampaian cenderamata penghargaan daripada pihak Maahad Tahfiz Al Ghazali.
Sesi selawat dan qasidah oleh anak – anak Maahad Tahfiz Al – Ghazali yang disantuni.
Gambar rasmi pihak UTM bersama Maahad Tahfiz Al – Ghazali.

Explore More