April 25, 2024

Search
Close this search box.

Exco Kesenian dan Kebudayaan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan Minggu Seni Tun Razak 2022 (MISTAR’22) pada 22 Mac hingga 16 April 2022 bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak.

Program ini merupakan kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Sekolah Kebangsaan Parit Rambai, Rumah Raudhatul Maryam, Nadi Equestrian Centre UTM Equine Park dan Kelab Invictus KTR.

Beberapa aktiviti dalam talian telah dijalankan seperti Crochet Inspiration for Beginners, Jejak Kraf Warisan Tembikar Labu Sayong, Seni Kuda, manakala sesi perkongsian ilmu Innovation of Creative Thinking: Animation Film Making telah dibuat secara fizikal. 

Pertandingan yang dianjurkan terdiri daripada dua bahagian iaitu sukan dan bahagian seni. Pertandingan tersebut ialah Pertandingan Alunan Buluh Perindu, Pertandingan Video Kreatif Pendek, Pertandingan Tatarias Kesan Khas, Pertandingan Alat Muzik, Pertandingan Tukang Karut, Pertandingan Syair dan Sonnet Recital, Pertandingan Frisbee Kain Pelikat serta Pertandingan Kolam.

Penganjuran pertandingan  yang diadakan juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan di mana pelbagai IPT turut menghantar penyertaan. Pertandingan-pertandingan MISTAR’22 pada kali ini mendapat penyertaan daripada para pelajar UTM, UiTM Negeri Sembilan, UiTM Sarawak, UKM, USIM, UNIMAS, UPM, Albukhary International University, IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Ilmu Khas, dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

MISTAR’22 yang bertemakan ‘Reminisensi Seni Kita’ mengajak kita mengimbau kembali seni serta budaya yang telah ditelan zaman dan pada masa yang sama mengetengahkan juga seni serta budaya yang baru.

Secara keseluruhannya, penganjuran MISTAR’22 telah mendapat penyertaan yang amat memberangsangkan telah diperoleh dengan penyertaan seramai 1051 pelajar daripada 10 IPT yang berbeza.

Program Seni Crochet

Peserta Pertandingan Kolam
Gambar bersama krew Program Seni Kuda

Penyampaian cenderamata dari pihak SK Parit Rambai kepada pihak MISTAR’22

Penyampaian cenderamata kepada pihak Rumah Raudhatul Maryam

Sedutan aksi para peserta Pertandingan Frisbee Kain Pelikat

Perasmian Penutupan MISTAR’22 oleh TNC HEP, Prof. Dr. Shamsul Bin Sahibbudin

Penulis : Ahmad Safwan
Penyunting : Akmal Ayob, Norhanim Abdul Samat, Nafisa Azman
Foto : Hazim Rozi, Daniel Afiq

+

Explore More