April 25, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Perancangan Strategik PKA UTM Sesi 2021-2023 Rangka Pelan Strategik Persatuan

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi (PKA UTM) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik bagi sesi 2021-2023.

Bengkel 3 hari tersebut telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator jemputan dan dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada 9 orang Majlis Jawatankuasa PKA dan 7 orang wakil fakulti.

Peserta bengkel komited dalam menghasilkan pelan strategik PKA UTM

Objektif utama bengkel adalah untuk memberikan kefahaman kepada AJK yang dilantik mengenai sejarah dan pencapaian PKA UTM sekaligus untuk membantu pihak PKA dalam merangka Pelan Strategik yang baharu.

Bengkel dimulakan dengan slot pertama oleh penceramah jemputan Prof. Madya Dr. Ustaz Aminuddin Ruskam merangkap Mantan Yang Di Pertua PKA UTM (2010-2021). Perkongsian bertajuk Peranan PKA dalam UTM – Pengalaman 10 Tahun Bersama PKA.

Antara intipati perkongsian beliau adalah pengalaman sebagai ahli akademik UTM. Sejak tahun 1990, beliau telah bergiat dengan PKA UTM sebagai ahli jawatankuasa, kemudian dilantik sebagai Yang Di Pertua PKA bagi tempoh 10 tahun (2000-2021).

Pembentangan oleh Mantan Yang Di Pertua PKA UTM (2000-2021) secara hibrid.

Beliau mengutarakan bahawa penglibatan dalam persatuan merupakan fardhu kifayah yang mana ia amat dituntut bagi menyeimbangkan peranan sebagai warga universiti. Di samping itu, beliau menyampaikan amanat agar PKA terus bergerak aktif sebagai agen perunding antara pekerja dan majikan, menjadi wadah percambahan ilmu seterusnya melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan ahli.

Hari kedua bengkel diteruskan dengan perkongsian daripada Prof. Dato’ Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin merupakan Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia. Beliau menyampaikan tajuk Peranan Persatuan Akademik Peringkat Kebangsaan.

Sebahagian daripada peserta dan fasilitator sepanjang bengkel berlangsung

Seterusnya, perbincangan perancangan strategik dikendalikan oleh fasilitator jemputan iaitu Prof. Dr. Arsad Ahmad (Pengarah, Institute Of Future Energy, Jabatan Kejuruteraan Kimia Fakulti Kejuruteraan, UTM). Perbincangan dan pembentangan daripada 2 kumpulan telah menghasilkan Misi, Visi, key result area, inisiatif dan high impact result.

Ucapan perasmian penutup oleh Yang Di Pertua PKA UTM (2021-2023)

Bengkel diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Yang Di Pertua PKA sesi 2021-2023, Prof. Madya. Ts. Dr. Abd Rahman Tamuri.

Beliau menyampaikan hasrat agar semua ahli jawatankuasa dan wakil fakulti yang telah dilantik bersama-sama menggerakkan PKA agar terus releven dalam membawa isu-isu kakitangan akademik di UTM khususnya dan di peringkat Malaysia amnya.

Explore More