November 3, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel ArcGIS Online kepada pelajar FABU dengan kerjasama Map2U Sdn Bhd

Oleh: Dr Zakri Tarmidi, Dr Imzan Hassan dan Dr Norhakim Yusof

Johor Bahru, Feb 2022 – Syarikat Map2U Sdn Bhd telah berbesar hati untuk melaksanakan bengkel 2 hari, “Pembangunan Aplikasi GIS menggunakan ArcGIS Online” pada 21 dan 22 Feb 2022 yang lalu kepada pelajar Sarjana Muda Sains (Geoinformatik), Fakulti Alam Bina (FABU), UTM.

Kursus ini merupakan kerjasama antara FABU dan Map2U Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada pelaksanaan kursus Integrasi Khemah Latihan GIS 2022, yang berlangsung selama 5 minggu, bermula 13 Februari 2022 sehingga 17 Mac 2022. Kursus Khemah Latihan GIS ini merupakan salah satu kursus teras dalam program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik), dan dilaksanakan pada tahun ke 2 dan tahun ke 3 program.

Pihak Map2u Sdn Bhd diwakili oleh Cik Aimi dan juga Cik Izzati.

Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat laman web berasaskan GIS secara ringkas menggunakan aplikasi ArcGIS Online. ArcGIS Online membenarkan pengguna untuk melihat paparan peta dengan maklumat berkaitan lokasi, seperti lokasi klinik, hospital, taman perumahan dan lain-lain. Pemilihan aplikasi ArcGIS Online ini dibuat sebagai aplikasi dalam Khemah Latihan GIS ini adalah kerana ianya fokus kepada rekabentuk dan pembangunan laman web berasaskan GIS, mudah dibangunkan, dan mempunyai fungsi-fungsi berkaitan GIS yang pelbagai.

Modul yang terdapat dalam bengkel ini secara asasnya terbahagi kepada 3, iaitu modul kemasukan data GIS, modul pembangunan Web Map GIS, dan juga modul dashboard GIS.

Modul-modul ini melibatkan proses merekabentuk laman web, proses penyediaan maklumat GIS, proses memuatnaik data-data berkaitan, membuat paparan yang bersesuaian, dan menghasilkan laman web berasaskan GIS untuk aplikasi GIS, secara khususnya untuk aplikasi kesihatan. Selain itu, aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk memaparkan paparan “dashboard” yang mampu memberikan nilai tambah kepada laman web GIS ini.

Diharapkan kerjasama dan perkongsian daripada pihak Map2U Sdn Bhd ini mampu memberikan kebaikan kepada pelajar, terutama dalam melihat kelebihan pembangunan laman web untuk paparan data GIS, selain menjadikan nilai tambah kepada pelajar dalam meningkatkan pembelajaran sepanjang masa.

Pihak Map2U Sdn Bhd memberikan pengenalan kepada bengkel.
Aplikasi GIS yang telah dibangunkan oleh pelajar dalam bengkel ArcGIS Online
Salah satu fungsi dalam ArcGIS Online, iaitu pembangunan ArcGIS Dashboard

Explore More