April 19, 2024

Search
Close this search box.

Exco Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) telah menjalankan satu aktiviti sihat yang dinamakan Senamrobik Perdana 2022 pada 27 Mac 2022 yang lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga KSJ.

Aktiviti yang bermula pada pukul 8 pagi ini turut disertai oleh Pengetua Kolej iaitu Prof. Ts Ir. Dr. Aminudin Hj. Abu dan barisan felo serta keluarga.

Sebelum pandemik covid-19 bermula, aktiviti senamrobik seperti ini merupakan satu program berkala yang dijalankan di Dataran Astaka, Kolej Siswa Jaya.

Perubahan norma hidup disebabkan oleh Covid-19 dan juga pengajian yang masih dijalankan secara dalam talian menjadikan pelajar lebih tertekan dan kemurugan.

Oleh itu, aktiviti sihat yang dijalankan selama 1 jam ini berupaya membakar kalori sekaligus meningkatkan tahap metabolisma yang tinggi agar kecergasan dan kesihatan mental pelajar berada dalam keadaan yang baik.

Ianya juga dapat membentuk warga KSJ yang aktif di samping merapatkan silaturahim antara rakan-rakan serta felo dengan aktiviti yang lebih bermanfaat di hujung minggu.

Bagi mempertingkatkan kemampuan dalam mengendalikan senamrobik yang berbentuk aerobic dance dan tabata,  Exco Sukan dan Rekreasi yang diketuai oleh Saudara Naim bersama rakan-rakan JKM telah dibimbing oleh Kelab Sukan Universiti (KSU) dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM Kuala Lumpur.

Di samping itu, program Senamrobik Perdana 2022 ini dijalankan bagi menyemarakkan lagi sambutan ke-50 tahun Universiti Teknologi Malaysia.

Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang telah disusun oleh JKM sepanjang tahun 2022 antaranya Barakah Ramadan, Liga Sahur, Majlis Apresiasi Gemilang, Fiesta KJS, dan Sportfest. 

Program ini akan diteruskan pada setiap bulan sepanjang tahun 2022 ini dengan harapan membantu pelajar dalam mempraktikkan gaya hidup sihat dan seterusnya melahirkan mahasiswa yang berfikiran positif.

Sambutan hangat dari warga kolej
Exco Sukan dan Rekreasi JKM KSJ

Explore More