April 20, 2024

Search
Close this search box.

Danial Iskandar Jafriddin dilantik Presiden MPP Baharu UTM

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2021/ 2022 menetapkan satu hala tuju utama dengan bergerak membawa suara “Perkasa Mahasiswa” sebagai agenda utama yang sekaligus membantu UTM dalam merealisasikan Envision 2025.

Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Baharu MPP UTM Danial Iskandar bin Jafridin yang juga merupakan pelajar tahun 3 kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup.

“Antaranya ialah menitik beratkan skill dan kebolehan individu setiap mahasiswa terutamanya di dalam aspek kemahiran insaniah dalam melahirkan kumpulan mahasiswa yang berkualiti, berdaya saing dan mempunyai identiti UTM” ujar anak muda kelahiran Muar, Johor ini.

Pada masa sama, agenda lain yang turut disifatkan penting adalah memperbaiki atau mencipta inisiatif untuk memastikan kebajikan mahasiswa UTM yang pastinya antara golongan yang paling terkesan dengan pandemik COVID 19.

Iskandar dan barisan Majlis Tertinggi menerima watikah lantikan yang disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail pada 6 Mac 2022 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

Naib Canselor dalam amanatnya mengingatkan bahawa lantikan ini perlu dijadikan wadah untuk berkhidmat kepada komuniti dan sentiasa menitikberatkan aspek adab.

Turut hadir, Yang Berbahagia Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Seramai 31 calon yang memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar baru-baru ini membentuk barisan kabinet baharu MPP 2021/2022.

SENARAI MPP UTM 2021/2022


Yang Di-Pertua : Danial Iskandar bin Jafridin

Naib Yang Di-Pertua (JB) : Thivagar a/l Pushparaju

Naib Yang Di-Pertua (KL) : Nurul Izzat binti Zaharudin

Setiausaha Agung : Nadratul Huda binti Ahmad

Bendahari Kehormat : Ammar Aiman bin Abdul Bahar

Setiausaha (KL) : Asdaque Danish bin Asbullah

Bendahari (KL) : Nur Ikmal Hamizi bin Kamarudin

Timbalan Bendahari : Nik Salihah binti Nik Saifullizan

Setiausaha Kerja : Azizah binti Arfian

TNYDP Kesejahteraan Kampus & Kolej Kediaman : Ahmad Farhan bin Rooh Azzam

TNYDP Sukan & Kesukarelawanan : Noorafham bin Noorazman

TNYDP Akademik & Industri : Indah Syafika Azwa binti Mohd Azam

TNYDP Advokasi & Perhubungan : Allana Elise Maryam binti Abdul Rahman

TNYDP Aktiviti & Pembangunan Mahasiswa : Tay Jia Yi

Ketua Jabatan Kesejahteraan Mahasiswa : Haidah Hafizah binti Hasnan

& Kelestarian Kampus

Exco Jabatan Kesejahteraan Mahasiswa   : Muhammad Irham Aidid bin Sabri

& Kelestarian Kampus

Exco Jabatan Kesejahteraan Mahasiswa   : Ku Amiruldin bin Ku Othman

& Kelestarian Kampus

Exco Jabatan Kesejahteraan Mahasiswa : Siti Nabilah binti Pirizal

& Kelestarian Kampus

Ketua Jabatan Sukan   : Siti Hajar binti Ahmad

& Kebudayaan Intelek

Exco Jabatan Sukan     : Muhammad Haziq bin Md Azrin

& Kebudayaan Intelek

Exco Jabatan Sukan     : Fakhrul Nuqman Hazim bin Zulkulnain

& Kebudayaan Intelek

Exco Jabatan Sukan     : Nur’aliea Natasha bt Md Noor Fauzul

& Kebudayaan Intelek

Ketua Jabatan Hal Ehwal Akademik : Adrianna Batrisyia binti Nu’man Izzat Rosli

& Industri

Exco Jabatan Hal Ehwal Akademik   : Ammar Aslam bin Abd Razak

& Industri

Exco Jabatan Hal Ehwal Akademik   : Muhammad Afiq Farhan bin Yazid

& Industri

Ketua Jabatan Perhubungan Dalaman : Amirah Adibah binti Mazlan

& Hal Ehwal Korporat

Exco Jabatan Perhubungan Dalaman   : Muhammad Syazwan bin Abd Rahman

& Hal Ehwal Korporat

Exco Jabatan Perhubungan Dalaman    : Nora binti Ajis

& Hal Ehwal Korporat

Ketua Jabatan Inovasi & Keusahawanan : Muhammad Aswan Farez bin Mahad

Exco Jabatan Inovasi & Keusahawanan  : Raja Harith Danial bin Raja Khalid

Exco Jabatan Inovasi & Keusahawanan  : Wan Ahmad Muhaimin bin Wan Mohamed

Explore More