April 25, 2024

Search
Close this search box.

MAIWP Beri Bantuan Makanan Setiap Selasa Inisiatif Kurangkan Beban Pelajar UTM KL

KUALA LUMPUR, 17 Feb. — Bantuan makanan secara percuma kepada pelajar telah disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula 5 Oktober 2021 iaitu pada setiap Hari Selasa, selama enam bulan di  UTM Kuala Lumpur.

Sebanyak 150 bungkusan yang telah ditetapkan oleh pihak MAIWP dapat meringankan beban pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur melibatkan agihan makanan meliputi kawasan,sekitar kampus, tidak terkecuali kepada pelajar yang tinggal di kawasan sekitar kampus.

Oleh yang demikian, Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar ( JTNCHEP ) telah mengagihkan bantuan makanan tersebut kepada Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus (JKM PLK).

Agihan makanan dibuat oleh Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus (JKM PLK) pada waktu tengahari kepada pelajar yang tinggal di sekitar kawasan Residensi UTM, Jalan Gurney dan Setapak.

 Bantuan tersebut adalah inisiatif terbaru MAIWP bagi membantu usahawan asnaf mengagihkan makanan kepada komuniti B40 sekitar Kawasan Kuala Lumpur. Untuk makluman, bantuan tersebut telah dibekalkan oleh peniaga asnaf yang di bawah selaan MAIWP sendiri.

Pengusaha tersebut telah bekerjasama dengan pihak JTNCHEP pada setiap selasa bagi menguruskan makanan tersebut kepada pelajar. Bantuan makanan ini termasuk pada cuti umum, pelajar juga dapat menikmati makanan tersebut walaupun Pejabat HEP tidak beroperasi pada cuti umum tersebut.

Usaha yang dijalankan oleh MAIWP ini telah disambut baik oleh HEP UTM Kuala Lumpur bagi mengurangkan beban pelajar yang tinggal di Kolej kediaman mahupun di rumah sewa kawasan sekitar kampus. Pihak kami di HEP berharap pihak MAIWP dapat meneruskan lagi usaha murni ini bagi meringankan beban pelajar.

Dalam pantauan HEP, pelajar sentiasa menunggu bantuan makanan tersebut dan mengambil maklum tentang kedatangan MAIWP pada setiap hari selasa.

penyerahan kepada pelajar yang tinggal di Residensi UTM

Makanan yang disediakan meupakan makanan tengah hari iaitu nasi dan lauk menikut kesuasuaian, mineral dan buah Bagi pelajar, makanan tersebut sudah memadai untuk mengalas perut. .

Pelajar berasa bersyukur atas pemberian MAIWP

ikuti kami di laman sosial rasmi hep

Instagram : Heputmkl

Facebook : Heputmkl

Youtube : Heputmkl

#hep #heputmkl #utmkl

Explore More