April 25, 2024

Search
Close this search box.

TENAGA solar merupakan teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari dan telah digunakan secara meluas dalam pelbagai industri sejak beberapa dekad lalu.

Prihatin dengan keperluan masyarakat setempat, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi turun padang dalam membantu komuniti dengan menjalankan projek pemasangan tenaga elektrik solar di Perkampungan Rumah Rakit Tanjung Surat, Johor.

Ia bagi membekalkan tenaga elektrik berterusan kepada penduduk berkenaan. Pelaksanaan projek yang selaras dengan inisiatif ‘Mensejahterakan Kehidupan’ itu diketuai Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE) UTM bersama rakan kerjasama daripada pelbagai institusi yang telah bersinergi mewujudkan sistem tenaga elektrik solar bagi kegunaan penduduk.

Pemasangan alat itu menjadikan lokasi tersebut sebagai satu-satunya perkampungan rumah rakit yang menggunakan bekalan elektrik menggunakan tenaga solar di negara ini.

Ketua projek yang juga merupakan Pensyarah Kanan SKE, Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden berkata, projek berkenaan bertujuan membantu penduduk di 13 buah rumah yang sebelum ini tiada bekalan elektrik secara berterusan.

Kredit : https://www.kosmo.com.my/

Explore More