April 16, 2024

Search
Close this search box.

Southern Volunteers Sumbang Bantuan kepada Pelajar UTM

Pasukan Southern Volunteers telah menyampaikan sedikit bantuan makanan kering dan keperluan wanita bagi mahasiswa yang terkesan akibat penularan Covid-19 di beberapa kolej kediaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Inisiatif dan bantuan yang telah disalurkan oleh Southern Volunteers ini diharap dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh pelajar-pelajar yang terkesan.

Pengerusi MBD Johor Bahru, Sdr Mohd Sidek Roslan turut bersama-sama sukarelawan membantu memunggah barang-barang sumbangan di Rumah Alumni UTM bagi keperluan mahasiswa yang sedang menjalani kuarantin.

Hadir bersama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.

Melalui MISI BANTUAN SOUTHERN VOLUNTEERS, sukarelawan Southern Volunteers digerakkan untuk menghantar barangan keperluan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi yang sedang dalam proses kuarantin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai).

Dengan bantuan tersebut pihak Southern Volunteers mengharapkan kesemua Mahasiswa dan Mahasiswi UTM berada dalam keadaan yang baik dan sihat untuk kembali menjalani proses pembelajaran.

Objektif bantuan untuk bantu pelajar-pelajar yang terkesan covid-19
Southern Volunteers tersebut merupakan satu gerakan dibawah naungan Tuanku Mahkota Johor untuk menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda di Johor

UTM merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Explore More