Webinar ‘Anti Dadah’ Pupuk Kesedaran Kesan Penyalahgunaan Dadah

Biro Keselamatan dan Kesihatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTHO (JKM KTHO) telah menganjurkan satu sesi webinar ‘Anti Dadah’, bertujuan untuk menyampaikan, mendidik dan memberi kesedaran kepada warga KTHO mengenai kesan penyalahgunaan dadah.

Program ini telah dianjurkan secara dalam talian menerusi platform Cisco Webex, bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi dan telah menarik penyertaan seramai 126 orang pelajar yang rata-ratanya terdiri dalam kalangan warga KTHO.

Image

Permulaan ceramah oleh Pn Suriani binti Jusoh

Sesi perkongsian mengenai program ini telah disampaikan oleh Puan Suriani binti Jusoh, Penolong Pegawai Antidadah di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Johor Bahru.

Perkongsian kali ini memberi fokus dalam mewujudkan kesedaran terhadap kemudaratan dadah, dan dalam masa yang sama memberikan pengetahuan asas kepada warga KTHO akan kesan penyalahgunaan dadah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sesi webinar berjalan dalam suasana yang interaktif, dengan para peserta dilihat aktif bertanyakan soalan kepada Puan Suriani.

Pada hujung program ini, satu sesi kuiz telah diadakan di Kahoot! dan tiga pemenang dengan markah tertinggi akan memenangi hadiah yang merupakan dalam bentuk wang tunai.

Sesi Kuiz telah dijalankan

Program ini telah mendapat sambutan yang baik di samping maklum balas yang positif daripada warga KTHO.

Penganjuran program ini sememangnya diharap dapat memberi kesedaran dan mendidik warga KTHO supaya tidak terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah, sekali gus menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Image
Image

Sesi fotografi

Disediakan oleh: Soo Mei Vern (Pengarah Program), Lim Hong Xu(Penolong Pengarah Program) dan En. Mohd Fadtul Ikmal Bin Misnal(Felo Penyunting KTHO)