Mei 8, 2024

Search
Close this search box.

Warga Pelajar UTM Diseru ‘Turun’ Mengundi Pada 19 Januari 2022

Seluruh warga pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diseru untuk ‘turun padang’ secara dalam talian bagi sesi Pilihan Raya Kampus (PRK) peringkat universiti pada 19 Januari ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar) UTM, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin berharap semua mahasiswa universiti akan ‘turun’ mengundi pada hari tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin

Beliau menekankan tanggungjawab itu perlu dilaksanakan bagi menentukan siapakah bakal menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang akan mewakili mereka sepanjang Sesi 2021/2022.

“Mahasiswa juga digalakkan untuk sama-sama berpesan kepada kenalan UTM untuk turun mengundi pada Rabu ini.

Manfaatkan kuasa yang diberikan kepada anda sebagai pengundi dalam memilih bakal pemimpin anda,” ujarnya lagi.

Hari penamaan calon telah berlangsung pada 13 Januari 2022 secara dalam talian.


Perebutan untuk 9 kerusi umum bakal menyaksikan pertembungan 11 orang calon yang turut melibatkan Presiden MPP Sesi 2020/2021 lalu iaitu Wan Akmal Nazirah Wan Ubaidillah.

Pada sesi lalu, sistem aplikasi undian secara dalam talian yang dinamakan e-Lection telah diperkenalkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) dan ia dikekalkan bagi sesi kali ini.

Ayuh pelajar semua, kita turun mengundi!

Ikuti Facebook Jawatankuasa Pemilihan MPP UTM untuk maklumat terkini dan cara pengundian.


Explore More