April 23, 2024

Search
Close this search box.

SEGAMAT, 12 Januari – Persatuan Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah melancarkan misi bantuan pasca banjir di sekitar daerah Segamat, Johor.

Pagi sebelum bertolak menyaksikan berlangsunya majlis pelepasan pasukan bantuan (flag off) yang dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin bagi merasmikan permulaan misi.

Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin merasmikan permulaan misi
bantuan pasca banjir di Segamat

Sebanyak 47 orang pelajar dan 35 orang staf terlibat. Pihak penyelaras telah memastikan agar kesemua sukarelawan mengikuti syarat yang ditetapkan untuk layak turut serta dalam misi ini. Mereka perlulah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang simptom merbahaya.

Ujian saringan dilakukan mengikut SOP ketat seperti yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan keselamatan kesemua sukarelawan dan komuniti setempat dijaga.

Misi ini menumpukan 2 kawasan dalam daerah Segamat yang terjejas iaitu di Lorong Usop, Kampung Bukit Limau Manis, dan Kampung Batu Badak.

Pasukan sukarelawan UTM telah bekerjasama dengan pasukan sukarelawan dari YPJ dalam tugas-tugas pembersihan dan gotong-royong kedua dua kawasan perumahan tersebut.

Ketibaan pasukan UTM dan pasukan YPJ di salah satu kawasan perumahan yang terjejas bagi tugas-tugas pembersihan

Sebanyak 7 pasukan telah dibentuk dengan jumlah setiap pasukan sebanyak 5 hingga 6 orang. Masa mengemas setiap rumah di kedua dua kawasan tersebut mengambil masa selama 4 jam dan misi bermula dari pukul 7 pagi hingga 5 petang.

Tugas-tugas pembersihan dan gotong-royong yang sedang dilakukan oleh pasukan sukarelawan

Universiti berharap agar misi bantuan pasca banjir ini sebanyak sedikit membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas akibat musibah ini, dan semoga bantuan ini dapat memberikan ketabahan kepada mangsa-mangsa dalam peringkat pemulihan ini.

Explore More