Program E-Urban Dialogue@UTM Siri #1 : Positive In Planning Career Pertemukan Pakar Perancangan Bandar dan Wilayah Negara


Pada 30 November 2021, Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA) UTM telah menganjurkan Program E-Urban Dialogue @ UTM Siri #1: POSITIVE IN PLANNING CAREER.

Program ini melibatkan 3 speaker jemputan iaitu Ybhg. Dato’ TPr Mohd Anuar Bin Maidin, Majlis Penasihat Malaysian Institute of Planners  (MIP), Puan Sanisah Binti Shafie, Pengarah Perancangan Perundangan dan Kawal Selia, PLANMalaysia dan TPr Dr Mohamad Sabri, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA).

Selain itu, Pengarah Perancangan Bandar dan Wilayah UTM, Prof. Madya TPr Dr. Hairul Nizam Ismail turut hadir bagi meraikan program tersebut.

Dialog siri pertama ini telah dijalankan secara dalam talian dan bersiaran langsung dari laman Facebook rasmi PEWIBAWA UTM dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.

Ianya dihadiri seramai 89 peserta dari kalangan mahasiswa dan 24 orang pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah.

Program yang berkonsepkan dialog ini merupakan siri yang pertama dan berjaya menjemput ahli-ahli panel yang profesional dan amat disegani dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah negara Malaysia.

Agenda ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang cara menurap laluan dalam menguasai bidang professional ini.

Pada masa yang sama, ianya turut memberi maklumat kepada mahasiswa tentang sektor yang berkait rapat dengan profesion Perancang Bandar.

Program ini juga penting dalam menggalakkan penglibatan antara mahasiswa dengan persatuan professional di peringkat negara iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Malaysian Institute of Planners (MIP) dan juga Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA).

Perkongsian ahli-ahli panel merangkumi skop pekerjaan seorang Perancang Bandar, tips dalam melakukan Latihan Industri (Internship) dan bagaimana cara untuk menjawab soalan dalam sesi temuduga dengan cekap, bijak dan matang.

Oleh hal yang demikian, mahasiswa yang hadir amatlah bertuah kerana berpeluang mendengar pendedahan ini dengan lebih terperinci dan menjadikan mereka lebih termotivasi untuk meneruskan legasi profession Perancang Bandar.

Tangkapan Skrin secara langsung menerusi laman Facebook rasmi PEWIBAWA UTM yang menunjukkan sesi diskusi di antara ahli-ahli panel profesional dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan daripada penonton yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan pensyarah di ruangan komen.

PEWIBAWA mengharapkan agar pelaksanaan program Program E-Urban Dialogue @ UTM Siri #1: POSITIVE  IN  PLANNING  CAREER  ini menjadi pencetus kepada inisiatif awal yang paling efektif bagi menonjolkan lagi bidang perancangan bandar dan wilayah di persada dunia. Oleh itu, diharapkan siri dialog ini akan terus diikuti bukan sahaja dari kalangan mahasiswa dan pensyarah UTM, malah ia menjadi satu platform yang membuka mata masyarakat tentang wujud dan pentingnya profession Perancang Bandar ini di negara ini serta dapat memajukannya pada masa akan datang.