April 25, 2024

Search
Close this search box.

Perkongsian GIS WebTalk Siri 5 bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru

Disediakan oleh: Sr. Gs. Ts. Dr Zakri Tarmidi

JOHOR BAHRU, 12 Jan – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) UTM, telah menjayakan program “GIS WebTalk Siri 5” yang dilangsungkan pada 12 Jan 2022 secara dalam talian.

Program ini bertujuan untuk melihat perkembangan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di MBJB.

Pada sesi perkongsian kali ini, penceramah yang memberikan input daripada MBJB adalah Puan Gs. TPr. Nurazhani binti Bujang, Ketua Penolong Pengarah Sistem Maklumat Geografi (GIS), dan En. Mokhzani bin Mislan, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat).

Program ini telah dihadiri sekitar 40 orang pelajar tahun 4, Program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik), Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM.

Tajuk perkongsian sesi ini ialah “Penggunaan GIS di Majlis Bandaraya Johor Bahru”. MBJB merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak asing lagi di negeri Johor, dan merupakan PBT yang berdaya saing.

Inisiatif penggunaan GIS di MBJB telah bermula pada tahun 1997, dan berkembang sehingga mempunyai geoportal terkini yang boleh dicapai oleh pelbagai peringkat, iaitu dalaman, pengguna khusus dan juga orang awam.  

Perkongsian berkenaan latar belakang MBJB

Pihak MBJB juga telah berkongsikan berkenaan penggunaan GIS di MBJB yang telah berkembang, daripada digunakan untuk perancangan bandar, kepada integrasi dengan pelbagai jabatan dalam MBJB, termasuklah bagi tujuan percukaian dan perlesenan, serta integrasi bersama data-data kesihatan seperti lokasi berlakunya kes-kes denggi.

Menuju ke depan, pihak MBJB telah mula mengintegrasikan penggunaan GIS dengan pelbagai inisiatif pembangunan bandar pintar. Ketika ini, MBJB telah melaksanakan inisiatif bandar pintar ini dengan membangunkan dan menggabungkan 9 projek bandar pintar, yang mana GIS memainkan peranan penting dalam menghubungkan projek-projek bandar pintar ini.

Diharapkan perkongsian daripada pihak MBJB ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada pendengar, khususnya kepada para pelajar.

Perkongsian sejarah penggunaan GIS dariapda 1997 hingga terkini

Sesi Bergambar bersama Puan Gs. TPr. Nurazhani binti Bujang

Sesi bergambar di akhir sesi perkongsian

Explore More