April 26, 2024

Search
Close this search box.

Seramai 6 felow penyelidik di Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM (IJN-UTM CEC) telah terlibat dalam satu bengkel Business Model Canvas (BMC). 

Tujuan utama penganjuran bengkel BMC ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para felo penyelidik tentang kepentingan BMC, elemen-elemen BMC, idea pembangunan dan pengembangan produk dan kesannya kepada pengkomersilan sesebuah produk penyelidikan yang dibangunkan. Bengkel BMC anjuran IJN-UTM CEC kali ini memberikan fokus kepada produk – produk penyelidikan berkaitan dengan kardiovaskular.  

IJN-UTM CEC adalah merupakan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan yang ditubuhkan pada tahun 2013 dengan kerjasama strategik antara Institut Jantung Negara dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kini, IJN-UTM CEC bernaung di bawah Institute of Human Centered Engineering (iHumEn).

Sehingga kini, terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan oleh felow penyelidik di IJN-UTM CEC termasuklah:

  1. Electrospun Vascular Graft oleh Dr. Syafiqah Saidin
  2. myThrob: Smart Heart Disease Screening Device oleh Dr. Hau Yuan Wen
  3. myRehab: Intelligent Home-based Rehabilitation Mobile App oleh Dr. Hau Yuan Wen
  4. Fontan Assist Device for Congenital Heart Disease oleh Dr. Ahmad Zahran Md Khudzari
  5. Drug Delivery using Microfluidic & Diabetic Monitoring Device oleh Prof. Dr. Ida Idayu Muhamad
  6. Stent Development for Arterial Disease Treatment oleh Prof. Dr. Kahar Osman
  7. SISMAH – Smart Integrated System Management for Hospital oleh Prof. Dr. Eko Supriyanto
  8. Transesophageal Echocardiography (TEE) Telerobotic System oleh Prof. Dr. Eko Supriyanto

Inisiatif penganjuran bengkel BMC ini telah diketuai oleh Dr. Hau Yuan Wen, merupakan Timbalan Pengarah IJN-UTM CEC dan juga merupakan salah seorang felow penyelidik di IJN-UTM CEC. Disamping memberikan pendedahan BMC kepada para felow penyelidik, bengkel BMC kali ini juga telah diadakan bagi memperkemas kertas kerja geran penyelidikan bagi setiap penyelidikan di IJN-UTM CEC. Tambahan pula, kertas kerja ini juga akan digunakan bagi permohonan geran Double Tax Deduction (DTD) bersama Institut Jantung Negara.

Bengkel BMC yang dijalankan selama 1 hari ini telah disampaikan oleh Dr. Logaiswari A/P Indiran, merupakan pensyarah berpengalaman dalam penyediaan BMC bagi pelbagai produk. Antara pencapaian hebat Dr. Logaiswari termasuklah:

  1. Expriex BMC ASEAN 2016 in Jakarta, Indonesia
  2. International Business Model Canvas (IBMC) 2016, US
  3. International Invention Innovation Competition (iCAN) 2016, Canada
  4. Sasin Business Plan Competition 2018, Bangkok, Thailand

Dr. Logaiswari juga merupakan seorang pensyarah di Azman Hashim International Business School (AHIBS) UTM, salah sebuah Business School terbaik di dunia. Maklumat lanjut latar belakang Dr. Logaiswari Indiran boleh didapati pada laman web beliau di https://business.utm.my/logaiswari/

Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan kepada para peserta oleh Dr. Syafiqah Saidin, Pengarah IJN-UTM CEC. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan sesi pengenalan diri antara Dr. Logaiswari bersama para peserta dengan tajuk penyelidikan yang akan dibentangkan. Kemudian, Dr. Logaiswari membentangkan pengenalan tentang BMC secara ringkas. 

Dr. Logaiswari juga mengambil kesempatan berkongsi pembentangan produk TOLKIDZ yang telah digunakannya dan memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuklah Anugerah Emas di International Invention Innovation Competition (iCAN), Canada pada tahun 2016. Berita lanjut seperti di https://news.utm.my/2016/10/utm-student-team-tolkidz-won-gold-award-at-ican-2016/

Terdapat 9 seksyen pada business model canvas seperti yang diterangkan oleh Dr. Logaiswari adalah:

  1. Value Propositions
  2. Customer Segments
  3. Customer Relationships
  4. Channels
  5. Key Partners
  6. Key Activities
  7. Key Resources
  8. Cost Structure
  9. Revenue Streams

Seterusnya, peserta bengkel telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang penyelidikan dan produk yang dibangunkan masing – masing. Sesi ini diteruskan lagi dengan pemetaan deraf BMC oleh setiap felow penyelidik dengan menggunakan template yang telah disediakan lebih awal. Dr. Logaiswari kemudiannya membantu setiap peserta dalam memperhalusi BMC masing-masing mengikut elemen BMC. Para penyelidik telah membentangkan BMC masing-masing di akhir sesi.  

Sesi pembentangan BMC oleh Dr. Syafiqah Saidin

Sesi pembentangan BMC oleh Dr. Hau Yuan Wen

Sesi pembentangan BMC oleh Encik Mohd Rashdan Moktar

Sesi pembentangan BMC oleh Dr. Mohamad Ikhwan Kori

Sesi pembentangan BMC oleh Encik Syed Muhammad Akid Syed Zainal Abidin

Sesi pembentangan BMC oleh Dr. Nurul Asmak Md Lazim

Sesi pembentangan BMC oleh Puan Wan Nor Syuhada Wan Zahari

Bengkel BMC diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan daripada Dr. Syafiqah kepada Dr. Logaiswari dan sijil penyertaan kepada felow peyelidik dan ahli penyelidikannya iaitu: 

  1. Prof. Dr. Eko Supriyanto, Encik Syed Muhammad Akid Syed Zainal Abidin dan Encik Mohd Rashdan Moktar
  2. Dr. Hau Yuan Wen
  3. Prof. Dr. Ida Idayu Muhamad, Dr. Siti Nor Syairah Anis dan Dr. Nurul Asmak Md Lazim
  4. Prof. Dr. Kahar Osman dan Dr. Mohamad Ikhwan Kori
  5. Dr. Ahmad Zahran Md Khudzari dan Puan Wan Nor Syuhada Wan Zahari
  6. Serta Dr. Syafiqah Saidin sendiri

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Dr. Logaiswari Indiran

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Prof. Dr. Eko Supriyanto

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Dr. Hau Yuan Wen

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Dr. Nurul Asmak Md Lazim

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Dr. Mohamad Ikhwan Kori

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Puan Wan Nor Syuhada Wan Zahari

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Encik Syed Muhammad Akid Syed Zainal Abidin

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Encik Mohd Rashdan Moktar

Sesi bergambar bersama-sama telah diadakan sebagai tanda kenang-kenangan kepada para peserta.

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) kerana telah memberikan kelulusan dan pembiayaan sepenuhnya bagi pelaksanaan program Bengkel Business Model Canvas (BMC) ini.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Media and Games Innovation Centre (MaGICX) atas kebenaran penggunaan ruang Bilik Seminar MaGICX yang kondusif dan selesa.

Penulis: Akmal Ayob, Azren Azrey & Nurmira Yaccob

Editor: Dr. Logaiswari Indiran, Dr. Hau Yuan Wen & Dr. Syafiqah Saidin

Foto: Azren Azrey

Explore More