Disember 22, 2024

Pada tanggal 6 Januari 2022, Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2020/2021 telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Sesi 2021/2022, Zuhayr Arif bin Zakaria.

Ini melibatkan pasukan MPP yang berkhidmat pada bulan Mac 2021 hingga Januari 2022.

Dengan pembubaran tersebut, tarikh bagi pemilihan MPP baharu iaitu Pilihan Raya Kampus (PRK) telah diwartakan akan dijalankan pada 19 Januari 2022.

Poster Pembubaran MPP Sesi 2020/2021 dan Pengisytiharan MPP Sesi 2021/2022

Pembubaran MPP 2020/2021 ini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Facebook Live Jawatankuasa Pemilihan MPP UTM.

Ia turut disiarkan secara langsung bersama rakan kongsi penstriman iaitu Facebook Hal Ehwal Pelajar (HEP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Tuanku Canselor (KTC), Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Tun Razak (KTR), Jawatankuasa Kolej Mahasiswa 9 & 10 (K9K10), Jawatankuasa Kolej Tun Fatimah (KTF). Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Tun Hussein Onn (KTHO), Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Tun Fatimah (KTF), Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Tun Razak (KTR).  

Kerjasama yang dilaksanakan ini adalah bagi memastikan pemberitahuan ini sampai kepada seluruh warga UTM.

Dengan pembubaran MPP 2020/2021 ini maka, bermulalah proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) UTM untuk Sesi 2021/2022.

PMPP UTM 21/22 ini akan bermula dengan Penjualan dan Penghantaran Borang Pencalonan pada 7 hingga 10 Januari 2022.

Proses ini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh JPMPP. Segala maklumat lanjut berkenaan PMPP ini boleh didapati di media sosial rasmi JPMPP UTM.

Notis Pembubaran MPP Sesi 2020/2021

Proses pengundian bagi PMPP Sesi 2021/2022 akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui sistem e-Lection yang telah dibangunkan bagi pelaksanaan Pilihan Raya Kampus UTM Sesi 200/2021 dan kini diteruskan dan ditambahbaik bagi pelaksanaan PMPP UTM 2021/2022.

Explore More