Mac 4, 2024

Search
Close this search box.

Kerjasama UTM LoCARtic & KV Sepang Dalam Bidang STEM Lahirkan Sang Juara

Pada Oktober 2021, UTM LoCARtic telah memeterai kerjasama strategik bersama KV Sepang (KVS) di dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Kerjasama ini dikhususkan kepada pertandingan F1 In School dan sistem Augmented Reality untuk pembelajaran dan pengajaran kereta elektrik dan hibrid. Pasukan F1 In School KV Sepang diberi nama KVS Cyclone.

Sejajar dengan kerjasama ini, pasukan KVS Cyclone juga telah mengadakan lawatan ilmiah ke makmal UTM LoCARtic dan AERO LAB UTM pada November 2021.

Mereka telah didedahkan dengan penyelidikan dan teknologi rendah karbon yang merupakan teras utama UTM LoCARtic. Di samping itu, model kereta F1 KVS juga telah diuji di terowong angin AERO LAB UTM.

Kerjasama ini terjalin sejak bulan Ogos 2021 dan berterusan sehingga team KVS Cyclone menjadi juara peringkat kebangsaan F1 In School di dalam Kelas Pembangunan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada team KVS Cyclone atas kejayaan menjuarai pertandingan F1 In School peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Seterusnya, pasukan KVS Cyclone dengan pasukan kerjasama tempatan akan mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa F1 In School yang akan diadakan pada Jun 2022 di United Kingdom.

Diharap kerjasama ini dapat diteruskan dalam bidang STEM dan menerokai bidang bidang lain yg berkaitan.

Explore More