April 26, 2024

Search
Close this search box.

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) UTM Sesi 2021/2022 telah melaksanakan Hari Penamaan Calon bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) pada 13 Januari 2022 yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian melalui platform Cisco Webex Meeting yang berpusat di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru dan Dewan Banquet, Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur.

Ini merupakan sesi ketiga PMPP dilaksanakan sepenuhnya oleh sebuah badan organisasi yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar yang dikenali sebagai JPMPP.

Graphical user interface, application

Description automatically generated
Poster Hari Penamaan Calon

Bagi Pemilihan MPP UTM Sesi 2021/2022, sebanyak 38 kerusi dipertandingkan iaitu 7 kerusi bagi kawasan umum dan 22 kerusi bagi kawasan fakulti/sekolah dengan jumlah keseluruhan 29 kerusi yang dipertandingkan bagi kampus UTM Johor Bahru termasuk penambahan satu kerusi bagi sesi PMPP kali ini.

Manakala bagi Kampus UTM Kuala Lumpur, jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah kekal seperti sesi sebelumnya dengan mempertandingkan sebanyak 2 kerusi bagi kawasan umum dan 6 kerusi bagi kawasan fakulti/sekolah. 

Graphical user interface, diagram

Description automatically generated
Prosedur 1-4 Hari Penamaan Calon

Hari Penamaan Calon bagi Pemilihan MPP Sesi 2021/2022 dimulakan dengan kehadiran Pengurus Kawasan, Ketua Penyelaras, Penyelaras, Calon, Pencadang dan Penyokong ke dalam pautan Cisco Webex Meeting yang telah ditetapkan dan dikawal selia oleh pihak JPMPP dan diteruskan dengan pengesahan identiti dan data calon oleh Pengurus Kawasan.

Selepas tamat sesi temuduga bersama Calon, Pencadang dan Penyokong, Pengurus Kawasan perlu melengkapkan beberapa borang yang diperlukan bagi pengesahan calon yang layak bertanding bagi PMPP sesi kali ini. 

Sesi Temuduga Hari Penamaan Calon
Diagram

Description automatically generated
Prosedur 5-8 Hari Penamaan Calon

Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru, pusat Hari Penamaan Calon dilawati oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Puan Nor Azizah binti Ismail, Pendaftar, Staf UTM dan juga Pegawai Perujuk JPMPP pada pagi hari kejadian.

A picture containing text, person

Description automatically generated
Lawatan Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail

Pada jam 2 petang, Hari Penamaan Calon diteruskan dengan Pengisytiharan Penerimaan dan Pengesahan Calon Pemilihan MPP oleh Pengurus Kawasan atau wakil bagi setiap kerusi yang dipertandingkan. Menerusi pengisytiharan tersebut, kerusi kawasan Umum, kawasan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dan kawasan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) akan ada pertandingan di peringkat kerusi masing-masing atas sebab ketiga-tiga kawasan mencapai jumlah calon yang melebihi kuota kerusi ditetapkan oleh JPMPP pada Pemilihan MPP sesi kali ini.

Walau bagaimanapun, terdapat 2 kerusi kawasan fakulti yang tidak mempunyai pertandingan pada Pemilihan MPP sesi kali ini iaitu kawasan Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) dan kawasan Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Tenaga yang masing-masing tidak dihadiri mana-mana pelajar pada Hari Penamaan Calon tersebut. Bagi kerusi kawasan fakulti selebihnya, masing-masing telah diisytihar menang tanpa bertanding dengan jumlah calon

A collage of people

Description automatically generated with low confidence
Sesi Taklimat Calon

Terdapat beberapa kawasan yang calonnya menang tanpa bertanding dan juga tiada calon yang bertanding bagi kawasan tersebut. Jumlah calon yang diterima diterima pada PMPP sesi kali ini adalah seramai 32 calon termasuk seorang calon yang menarik diri semasa tempoh penarikan diri dibuka sekaligus tiada bantahan yang diterima sepanjang jam 3 hingga 4 petang.

Taklimat Calon diberikan oleh Pengerusi JPMPP Sesi 2021/2022, Zuhayr Arif bin Zakaria untuk menerangkan berkenaan prosedur berkempen dan beberapa penekanan sebagai calon yang perlu dipatuhi.

A group of people standing in front of a stage

Description automatically generated with medium confidence
Barisan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) UTM Sesi 2021/2022

Hari Penamaan Calon diakhiri dengan pelaksanaan UAT iaitu User Acceptance Testing (Ujian Penerimaan Pengguna) yang dikendalikan oleh UTMDigital sebagai pembangun sistem. UAT ini dilaksanakan bagi memastikan sistem e-Lection yang bakal digunakan sepanjang Hari Pengundian pada Rabu ini, 19 Januari 2022 dapat digunakan dalam keadaan yang baik dan mengikut kriteria yang telah disenaraikan oleh pihak JPMPP. 

JPMPP yang Terlibat Semasa User Acceptance Testing (Ujian Penerimaan Pengguna)

UAT ini hanya melibatkan beberapa orang ahli JPMPP sahaja iaitu Pengerusi JPMPP, Zuhayr Arif bin Zakaria, Timbalan Pengerusi (Teknikal), Muhammad Hazwan Hakim bin Haznan, Ketua Unit Sistem, Amirul Syafiq bin Mohd Qisti dan ahlinya, Nurul Ezzati binti Harudin, Setiausaha Agung, Nur Fatin Fareeza binti Ismail dan Setiausaha Kerja, Huda Najihah binti Ahmad Asri.

UAT ini mengambil masa lebih kurang satu jam untuk melihat permasalahan yang dihadapi dan menguji kestabilan sistem sebelum dibuka sepenuhnya buat semua warga UTM untuk turun mengundi pada Hari Pengundian, 19 Januari 2022, Rabu ini dari jam 9 pagi sehingga 9 malam. PMPP Sesi 2021/2022 diteruskan dengan Tempoh Berkempen yang bermula pada 14 Januari 2022 sehingga 18 Januari 2022.

Explore More