Bulan: Januari 2022

GEMA 2021 Saksi Kecemerlangan Program Pembangunan Pelajar KTHO

Anugerah Gemilang Mahasiswa 2021 (GEMA 2021) merupakan satu platform yang terbaik dalam menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan mahasiswa UTM dalam pelbagai kategori kepimpinan program pembangunan pelajar. Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) turut menjadi finalis dalam beberapa kategori, antaranya Anugerah Frontliner Terbaik (Berpasukan), Anugerah Pembangunan Pelajar (Kolej Kediaman) dan Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman.