Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

Usai 13 Sesi Dalam Tujuh Hari, MK64 Melabuhkan Tirai dengan Penuh Warna-Warni

JOHOR BAHRU, 18 Dis. — Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-64 (MK64) yang diadakan selama tujuh hari bersamaan 13 sesi melabuhkan tirai dengan usainya sesi terakhir petang tadi di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM kampus Johor Bahru.

Majlis yang dijalankan dengan penuh ketat dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) tersebut merupakan yang pertama diadakan selepas tiga kali ditangguhkan sejak akhir 2019 akibat dari pandemik COVID-19.

Selain meraikan 8,596 orang graduan, MK64 kali ini mencatatkan momen indah dengan sesi perisytiharan dua Pro-Canselor baharu iaitu Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dan Tan Sri Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim.

Sementara itu bagi menghargai jasa dan sumbangn mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti kepada UTM, universiti telah menganugerahkan Tan Sri Abdul Halim Ali dengan kurniaan Anugerah Kehormat.

MK64 turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan juga Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni Mohammad.

Kehadiran dua tokoh tersebut merupakan satu penghormatan kepada universiti.

Pendaftar UTM yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk MK64, Encik Abdul Razib Bin Hj Shahuddin berkata pelaksanaan majlis konvokesyen tersebut sepanjang 11 hingga 18 Disember bersamaan 13 sesi berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

“Apabila berlaku pandemik, majlis terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali.

Namun dengan sedikit kelonggaran oleh Majlis Keselamatan Negara serta mengambil kira besarnya erti sebuah konvokesyen kepada kegirangan graduan, kita dapat melaksanakan MK64 mngikut SOP yang telah ditetapkan,” kata beliau.

Beliau turut menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga UTM khasnya atas sokongan padu kepada semua petugas dlm menjalankan tanggungjawab masing-masing demi melancarkan MK64.

“Petugas UTM melalui JKK masing-masing telah bertungkus-lumus dan bekerja keras bagi memastikan para graduan akan dapat menjalani MK64 dengan selesa.

Tahniah kepada semua graduan dan terima kasih kepada semua petugas dan warga UTM,” akhiri beliau.

Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas MK64. Semoga berjumpa lagi pada Majlis Konvokesyen ke-65 yang akan datang.

Explore More