Julai 14, 2024

Search
Close this search box.

SIPADAN, 26 Nov. – Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue), UTM Kuala Lumpur bersama Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi Struktur (eSeer), Institut Kebisingan dan Getaran (IKG) dan Unit Pemasaran UTM SPACE mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggembleng tenaga bersama Pejabat Daerah Semporna dalam Program Gotong-Royong di Pulau Sipadan, Sabah dalam suasana norma baharu.

Program berkenaan yang dihadiri seramai 45 orang turut disertai Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Perguruan Kampus Tawau (IPGKT), Sabah serta agensi-agensi lain dalam usaha membantu membersihkan kawasan pantai dan daratan sekitar pulau.

Pegawai Daerah Semporna, Tuan Juraimin Hj Jadil berkata, program sedemikian dapat mendidik dan mempertingkatkan kesedaran orang awam dalam menjaga alam sekitar dan memelihara keindahan alam semulajadi memandangkan Pulau Sipadan merupakan lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Selain itu, usahasama ini dilihat dapat mewujudkan jalinan kerjasama dan silaturrahim antara semua pihak yang terlibat.

Program gotong-royong berkenaan diadakan sempena Pelancaran Pembukaan Makmal Komuniti Semporna di Dewan Masyarakat Semporna, Sabah.

Program Gotong Royong Sipadan
Sesi Taklimat oleh Pegawai Taman-Taman Sabah (Sabah Parks)
Program Gotong Royong Sipadan
Program Gotong Royong Sipadan
Pembersihan di kawasan sekitar pulau

Explore More