April 20, 2024

Search
Close this search box.

Seramai 118 pelajar yang terdiri dari pelajar Diploma dan Ijazah menyertai Kursus Kepimpinan Persatuan/Kelab pelajar di Hawa Resort, Janda Baik, Pahang yang telah dilakukan secara hibrid.

Objektif utama Kursus Kepimpinan Persatuan/Kelab tersebut adalah bagi memastikan program-program pembangunan pelajar mengikut prosedur atau tatacara yang tepat, selaras dengan kehendak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pejabat HEP UTM KL mengambil kira nilai murni ‘Tonggak 12” dalam diri setiap pelajar berpersatuan/kelab supaya berjaya sebagai produk UTM yang holistik.

Pelabagai aktiviti disediakan bagi memupuk semangat berpasukan di antara pelajar.  

Aktiviti pada hari pertama Kursus tersebut dilakukan secara dalam talian webex. PTJ yang terlibat termasuklah dari Seksyen Hal Ehwal Korporat dan Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerja (OSHE).

Berikutan pandemik covid-19 yang sedang menular, semua peserta dan urus setia yang terlibat dengan Kursus Kepimpinan diwajibkan menjalani ujian saringan.

Semua peserta yang telibat merasakan Kursus Persatuan/Kelab telah memberi peluang mereka beraktiviti bersama setelah 2 tahun tidak melakukan aktiviti secara fizikal.
Pertandingan Tarik Tali di antara pelajar

Sentiasa bersama HEP UTMKL

Explore More