April 26, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 28 Nov. — Penularan wabak Covid-19 yang mula diberikan amaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada awal tahun 2020, telah meragut puluhan ribu nyawa.

Perkara ini menjadi kebimbangan rakyat dan sehingga kini, Malaysia masih belum terlepas dibelenggu penularan wabak ini. Dengan kadar mutasi Covid-19 iaitu SARS-CoV2 yang tiada tanda perlahan, virus ini semakin mudah dijangkiti dan sesiapa sahaja berpotensi menjadi mangsa.

Oleh yang demikian, program Virtual Fun Games anjuran Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) sesi 2021/2022 diadakan bagi turut serta dalam usaha menangani penularan wabak ini dengan menggalakkan mahasiswa/i Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendaftarkan diri mereka untuk divaksin.

Program ini berunsurkan pertandingan di mana peserta dikehendaki membuat sebuah poster bertemakan “COVID-19 VACCINATION” yang mampu menarik perhatian pembaca dan seterusnya memberikan semangat kepada mereka untuk mendaftar bagi suntikan vaksin.

Kriteria pemenang adalah berdasarkan penilaian oleh barisan juri unit Multimedia SEJATI iaitu sebanyak 70%, manakala jumlah like terbanyak di media sosial sebanyak 30%.

Poster-poster yang dibuat oleh para peserta

Pertandingan ini telah berlangsung bermula pada 4hb hingga 17hb November 2021. Majlis penutup pula telah diadakan pada 20hb November 2021 bagi mengumumkan pemenang poster yang dipertandingkan.

Selain pengumuman pemenang, pelbagai aktiviti turut diadakan dalam majlis penutup iaitu Word Scramble dan Zoom In Zoom Out, di mana kedua-dua permainan ini menguji tahap pengetahuan dan kepantasan peserta dalam menjawab teka-teki berkaitan negeri Johor.

Pengarah program, Nur Ameera Hanim, yang juga merupakan Exco Multimedia SEJATI sesi 2021/2022, sempat merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang turut serta dan barisan ahli jawatankuasa program atas usaha mereka bersama-sama menjayakan program ini.

Diharapkan agar program ini dapat memberikan galakan kepada mahasiswa/i Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam usaha mendapatkan suntikan vaksin bagi sama-sama melakukan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dalam melindungi masyarakat kita dan komuniti di dalam UTM.

Sesi bergambar secara rasminya mengakhiri program Virtual Fun Games

Explore More